Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Teruja Baju Popular Jepun Rupanya Dihasilkan Di ‘Negara’ Ini
Jepun merupakan sebuah negara maju yang terkenal bukan sahaja kerana teknologinya yang canggih, tetapi juga kerana kualiti dan keunikan barangannya yang mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.
Negara ini memikat pelancong dengan gabungan warisan tradisional yang kaya, budaya moden yang dinamik, serta inovasi dalam pelbagai sektor, termasuk automotif, elektronik, dan fesyen.
Apabila melancong ke Jepun, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati keindahan bandar dan alam semula jadi, malah dapat membeli-belah barangan berkualiti tinggi sebagai cenderahati sebelum pulang ke negara masing-masing.
Lelaki teruja lihat label pada baju jenama terkenal di Jepun
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki berkunjung ke sebuah butik pakaian terkenal untuk membeli barangannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @uncle_jebat di TikTok, dia dilihat mula-mula berkunjung ke butik pakaian GU di Jepun. Kemudian, dia mengambil sehelai baju yang digantung dan memperlihatkan label pada baju tersebut.
Apa yang lebih menarik ialah baju yang ingin dibelinya sebenarnya diperbuat di Malaysia.
“Aku kan jauh-jauh datang sampai ke Jepun. Aku nak cari baju, dia orang cakap dekat GU ni murah.
“Memang murah tapi perkaranya adalah, tengok dekat tag dia ni ‘Made in Malaysia’. Kenapa aku susah-susah terbang, datang ke Tokyo. Aduh,” katanya yang juga berasal dari Malaysia.
Dalam masa sama, @uncle_jebat turut bertanya adakah ada yang mengetahui di manakah baju jenama itu dibuat serta ingin mengetahui berapakah harganya.
Melihat pada pakaian itu, jelas baju tersebut cantik dan diperbuat daripada kain berkualiti tinggi. Dengan pelbagai corak yang menarik, ia sememangnya mampu menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang pertama kali mengetahui perkara ini.
“Hahaha ye banyak barang dari GU memang ‘made in Malaysia’,” komen seorang wargamaya.
“Kilang buat kat malaysia tapi dia export ke oversea. Takkan jual kat Malaysia sebab kilang tu jaga pattern atau branding,” komen seorang lagi wargamaya.
Sumber: