Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Tukar Nama Tiap Tahun, Elak Bayar Nafkah Anak

Muhammad Farhan
tukar nama elak bayar nafkah anak
Gambar: Image FX

Lelaki Tukar Nama Tiap Tahun, Elak Bayar Nafkah Anak

Seorang lelaki di Tyumen, Rusia ‘kantoi’ menukar nama setiap tahun kerana tidak mahu membayar cukai anak, lapor Oddity Central.

Kes ini telah didedahkan oleh Ketua Perkhidmatan Bailif, Roman Korenev baru-baru ini.

Menurut pegawai tersebut, ini merupakan kes yang paling mengejutkan sepanjang kariernya sebagai seorang pegawai pengutip bayaran nafkah kanak-kanak.

Beliau mendakwa lelaki tempatan tersebut menukar nama keluarga dan nama pertamanya setiap tahun untuk mengelakkan diri daripada membayar nafkah anak.

Menurutnya, lelaki tersebut akan kembali menggunakan nama lamanya selepas setahun dan mengulang proses yang sama setiap tahun. Dia didakwa melakukan perkara terbabit setiap tahun untuk melarikan diri dari Bailif dan membayar hutangnya.

“Jika seseorang menukar nama, pejabat pendaftaran akan laporkan maklumat ini kepada kami, jadi penghutang tidak boleh larikan diri daripada membayar nafkah,” kata Roman.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa penduduk tempatan kerap menggunakan pelbagai tipu helah untuk mengelakkan diri daripada membayar hutang mereka.

Sebagai contohnya, seorang lelaki mengatakan dirinya menghidap penyakit agorafobia bagi menghalang pengutip hutang masuk ke rumahnya. Ternyata lelaki tersebut memiliki dua buah apartment dan salah satunya tertakluk kepada penyitaan.

Sumber: Oddity Central

BACA: Kebocoran Air Di KLIA Berpunca Daripada Kesilapan Kontraktor Ketika Kerja Baik Pulih Bumbung – MAHB

BACA: Gunung Berapi Berlumpur Meletus, Api Menjulang Setinggi Dua Meter