Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Warga Emas Maut Dihempap Pokok
BALING, 20 Feb (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Charuk Jernih, Jalan Baling-Gerik dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 64 tahun itu.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang pekerja dihempap sebatang pokok semasa aktiviti menebang pokok di situ bersama beberapa rakannya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian telah dialihkan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: BERNAMA