Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lepas Beberapa Jam PM Kanada Umum Menang Lawan Covid-19, Angka Kematian Melebihi 3,000

Perdana Menteri Kanada - Justin Trudeau

Trenton: Kanada melalui detik muram pada Rabu apabila korban akibat COVID-19 melebihi 3,000 orang, lapor agensi berita Anadolu.

Iklan

Pegawai melaporkan COVID-19 telah meragut 3,054 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 51,230 manakala 20,100 pesakit sembuh.

Berita itu muncul hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Justin Trudeau mengatakan Kanada sudah menang dalam perjuangan melawan virus itu, tetapi penjarakan sosial, duduk di rumah dan langkah-langkah pencegahan lain mesti diteruskan.

Jumlah kematian meningkat lebih 3,000 sehari selepas Trudeau dan 10 perdana menteri wilayah, mengumumkan rancangan yang mengandungi tujuh langkah yang mesti dipenuhi, sebelum membuka semula sekolah dan perniagaan.

Sumber: Bernama