Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Wanita Tanya Soalan
Kredit: @_miz.jannah 
Tiada Kategori

Lepas Wanita Ni Tanya Soalan, Penumpang Dari Mengantuk Terus ‘Offer’ Nak Pandu Buat Ramai Terhibur

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lepas Wanita Ni Tanya Soalan, Penumpang Dari Mengantuk Terus ‘Offer’ Nak Pandu Buat Ramai Terhibur

Kebiasaannya, apabila keluar berjalan bersama keluarga atau rakan-rakan, tugas memandu kereta sering kali dipikul oleh kaum lelaki.

Namun begitu, seiring dengan perubahan zaman dan peningkatan keupayaan wanita dalam pelbagai bidang, semakin ramai golongan perempuan kini yakin memandu kereta di jalan raya.

Pasti ramai isteri pernah mengalami situasi begini sewaktu dalam perjalanan jauh, mata si suami sudah mula layu dan kepala terhuyung-hayang menahan mengantuk.

Tetapi apabila si isteri menawarkan diri untuk mengambil alih pemanduan supaya dia boleh berehat seketika, secara tak langsung mata suami tiba-tiba kembali segar.

“Orang perempuan ni prihatin kan”

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @_miz.jannah, kelihatan seorang lelaki sedang gigih menahan mata daripada terlelap ketika memandu. Sementara itu, penumpang di sebelah dan di belakang pula nampak lena dibuai mimpi.

Sebaik saja wanita itu menukar tempat dan duduk di kerusi pemandu, tiba-tiba lelaki berkenaan yang tadi menahan mengantuk terus segar macam baru lepas tidur cukup 8 jam.

Ayat pertama yang keluar dari mulut wanita itu sebaik sahaja dia memegang stereng membuatkan penumpang di sebelah terus kaku, manakala penumpang di belakang pula spontan bangun dan nampak sedikit cemas.

“Ini nak tarik (gear) neutral, drive, parking?” ujar wanita itu.

Apa yang lebih melucukan lagi, apabila semua penumpang dalam kereta itu tiba-tiba menawarkan diri untuk memandu, seolah-olah masing-masing tidak sabar mahu “selamatkan keadaan”.

Lebih random lagi, wanita itu dengan tenang menolak tawaran mereka dengan penuh yakin, malah sempat membaca doa tidur sebaik sahaja memadamkan lampu kereta.

Video itu mendapat 200 ribu lebih tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video tersebut, malah ada yang mengaku pernah melalui situasi sama.

“Laki aku paling tak suka aku drive bila dengan dia. Dia cakap aku bawa kenderaan macam nak cepat jadi jenazah,” komen seorang wargamaya.

“Masalahnya akak baca doa tidur bukan doa naik kenderaan, itu yang lagi risau hahaha,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: FAM Sahkan Masih Tunggu Dokumen Penuh FIFA Sebelum Kemuka Rayuan

Sumber: @_miz.jannah