Bersedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia. Ianya bukan sahaja dapat meringankan beban dan memberikan senyuman kepada penerima, malahan ianya juga turut dapat meluaskan pintu rezeki kepada si pemberi.
Perbuatan bersedekah ini juga sangat dituntut dalam Islam sekiranya mampu. Tambah-tambah lagi di hari Jumaat, penghulu segala hari ini. Pahala sekiranya berbuat amal pada hari ini akan dilipat gandakan.
Daripada satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @khairul_hafidz ini, dia sangat tergamam dan berterima kasih kepada seorang pemilik restoran yang telah membelanjanya untuk makan di restorannya.
Menurutnya, ketika dia telah selesai makan dan menunggu untuk membayar makanannya, tuan kedai tersebut telah menyatakan kepadanya bahawa makanan itu tidak perlu dibayar, sebaliknya letakkan sahaja seikhlas hati di dalam sebuah tabung di situ.
“Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk,” tulisnya.
“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu,” ujar tuan kedai tersebut.
Dia terus tergamam dengan sikap mulia tuan kedai itu. Di samping itu, dia juga turut mendoakan agar tuan kedai tersebut sentiasa beroleh rezeki kerana telah menunjukkan sifat yang murni itu.
“Moga tuan kedai akan terus beroleh rezeki daripada Allah. InsyaAllah.,” ujarnya.
Warganet yang membaca ciapan tersebut turut tidak ketinggalan berkongsikan pengalaman mereka melalui perkara yang sama.




