Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sudah hampir dua tahun pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan dunia, dan kesannya terhadap ekonomi negara amat ketara terutama ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sebanyak 37,000 PKS telah terpaksa gulung tikar akibat menanggung kerugian.
Menyedari hakikat ini, kerajaan dalam Bajet 2022 telah menetapkan fokus kedua perancangan bajetnya terhadap mewujudkan perniagaan yang berdaya tahan. Fokus pertama adalah rakyat yang sejahtera.
Seiring pengumuman Bajet 2022 itu pada 29 Oktober, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan lebih 20 inisiatif di bawah bajet yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” untuk menjadikan perniagaan dalam negara berdaya tahan melalui strategi mengembalikan keupayaan perniagaan, memacu pelaburan strategik dan memulih sektor-sektor tumpuan.
Banyak bantuan sebelum ini memerlukan setiap peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tapi bagaimana pula dengan penjaja kecil tanpa SSM?
Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:
Kadar pinjaman: 0%
Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
Amaun: Sehingga RM10,000
Tempoh: Sehingga 5 tahun

Menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:
Kadar pinjaman: 0%
Kemudahan moratorium: Sehingga 12 bulan
Amaun: Sehingga RM10,000
Tempoh: Sehingga 5 tahun (termasuk moratorium)

Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Pelan pembiayaan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank disediakan bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan.
MyStartup dilaksanakan secara berfasa untuk memberi manfaat kepada lebih 2,500 syarikat dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

Di sini dapat disimpulkan bahawa kerajaan tetap komited untuk menyokong anda semua dan ini boleh dilihat melalui pelaksanaan inisiatif dan strategi yang diperkenalkan.
Buat semua usahawan di luar sana, dana sudah disediakan untuk anda dan semua ini bukan sekadar angka di atas kertas. Ia lebih daripada itu. Angka ratusan juta dan bilion yang dibentangkan semata-mata untuk membantu anda terus berdaya saing mendepani cabaran ekonomi yang getir ketika ini.