Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Kertas Siasatan Dibuka Susulan Laporan RCI Tabung Haji

TABUNG
Kredit: Bernama

Lima Kertas Siasatan Dibuka Susulan Laporan RCI Tabung Haji

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) susulan sembilan laporan polis yang diterima daripada TH, anak syarikatnya serta orang awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Menurut beliau, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan dengan merakam keterangan saksi dari dalam dan luar negara selain mendapatkan dokumen berkaitan.

“Dalam usaha melengkapkan siasatan, tindakan sedang diambil untuk merakam keterangan saksi-saksi dari dalam dan luar negara selain mendapatkan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, PDRM komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional serta berlandaskan undang-undang.

Katanya, mana-mana individu yang didapati terbabit dalam sebarang perlakuan jenayah akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan.

“Orang ramai diseru mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi,” ujarnya.

Sumber:JSJK PDRM