Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah
"Di Terengganu, daerah yang diramal hujan hanya Kemaman. Manakala di Pahang pula seperti Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.
"Bagi Negeri Sembilan, daerah yang diramal hujan adalah Jelebu.
"Beralih ke Sarawak, termasuk Kuching, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
"Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.