Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan malam
Gambar: Bernama

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

“Di Selangor, hanya daerah Sepang diramalkan hujan, manakala di Negeri Sembilan melibatkan daerah Seremban.

“Selain itu, tiga daerah di Johor turut dijangka hujan seperti Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Beluru dan Telang Usan).

“Bagi Sabah pula melibatkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Putrajaya Dalam Fasa Untuk Beralih Ke Sistem Lampu Isyarat AI

BACA: Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat