Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 12 tengah malam ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
“Di Kedah, hanya daerah Langkawi diramal hujan. Manakala di Terengganu pula seperti Dungun dan Kemaman.
“Selain itu, Pahang pula hanya melibatkan daerah Kuantan. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Betong, Miri (Subis).
“Bagi Sabah pula melibatkan kawasan Sandakan (Paitan), Kudat (Pitas dan Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
