Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kinta, Kampar dan Batang Padang. Manakala di Terengganu pula seperti Dungun dan Kemaman.
"Bagi Pahang, dua kawasan diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang (Limbang).
"Sementara Sabah pula seperti Pantai Barat, Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.