Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Sekeluarga Ditemukan Tidak Bernyawa, Dikubur Di Dalam Rumah

Hannah
lima sekeluarga dikubur
Gambar: Astro Awani

Lima Sekeluarga Ditemukan Tidak Bernyawa, Dikubur Di Dalam Rumah

Penduduk di Kelurahan Paoman, Kecamatan Indramayu gempar apabila lima sekeluarga ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan tragis.

Lebih mengejutkan, kesemua mangsa didapati terkubur di dalam rumah mereka sendiri, lapor media tempatan.

Mangsa ialah sepasang suami isteri bersama dua anak kecil mereka serta bapa kepada si suami.

Kes tragis itu disedari pada malam Isnin, selepas keluarga terdekat curiga kerana tidak dapat menghubungi mereka selama beberapa hari.

Bau busuk rungkai penemuan mayat

Seorang penduduk setempat menjelaskan bahawa keluarga mangsa mula berasa pelik apabila panggilan telefon dan usaha berhubung dengan mereka tidak berjaya.

Ekoran itu, mereka ke rumah keluarga berkenaan, sebelum mendapati rumah dua tingkat tersebut didapati terkunci dan sepi.

Lebih merisaukan, bau busuk yang amat menyengat mula tercium dari dalam rumah. Hal ini memaksa orang ramai yang berkumpul untuk memecahkan pintu rumah.

Selepas diperiksa, tiada sesiapa di dalam rumah. Namun, di bahagian belakang rumah ditemukan gundukan tanah mencurigakan.

Apabila digali, mayat pertama ditemui. Tidak lama selepas itu, empat lagi mayat turut dijumpai, menjadikan jumlah keseluruhan lima orang.

Polis jalankan siasatan

Kepala Seksi Humas Polres Indramayu, AKP Tarno, memaklumkan pihak polis segera turun ke lokasi selepas menerima laporan.

Pasukan forensik melakukan siasatan dan kawasan rumah terus dipasang garisan polis bagi mengelakkan orang ramai mendekat.

Walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, penduduk setempat mendakwa kemungkinan mangsa dibunuh.

Namun, polis menegaskan siasatan rapi sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian lima sekeluarga ini yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

BACA: Tular Kisah Wanita Minta Keringkan Sungai Demi Cari Gelang Emas

Sumber: Kompas.com