Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lipas Tiba-Tiba Hinggap Di Leher, Wartawan Tak Cuak Teruskan Laporan

Lipas Tiba-Tiba Hinggap
Kredit: KTLA 5

Lipas Tiba-Tiba Hinggap Di Leher, Wartawan Tak Cuak Teruskan Laporan

Kerjaya sebagai wartawan kadang kala tidak seperti yang dijangka. Manakan tidak, pelbagai perkara tidak terduga boleh berlaku semasa bertugas di lapangan.

Seperti yang dialami oleh seorang wartawan di Los Angeles ini yang berdepan dengan 'serangan' lipas semasa sedang melaporkan kemas kini cuaca secara langsung di saluran berita tempatan.

Wartawan yang dikenali sebagai Rachel Menitoff dari KTLA 5 itu bagaimanapun tetap profesional dan menjalankan tugasnya dengan baik walaupun lipas itu dilihat sedang merayap di bahagian lehernya.

Ketika kejadian, Rachel sedang melaporkan mengenai gelombang haba di salah satu kawasan kejiranan LA, Sherman Oaks, pada petang Selasa, sebelum seekor lipas terbang ke arahnya dan hinggap di bajunya.

Selama beberapa saat, serangga itu bergerak di bahagian leher dan dadanya, kemudian hinggap di mikrofon sebelum terbang semula.

"Saya tahu ia adalah tanggungjawab saya. Jika saya memberi reaksi terhadap kehadiran lipas itu, saya tidak akan dapat meneruskan laporan.

"Jadi saya berkata kepada diri sendiri, habiskan sahaja saat ini dan kemudian lupakannya

"Ironinya, laporan itu mengenai kepanasan melampau dan lipas-lipas ini tertarik kepada kepanasan, suhu panas dan cahaya kamera kami. Jadi, ia merupakan persekitaran yang sempurna untuk lipas-lipas itu," katanya.

Selepas selesai membuat laporan, Rachel terus mengibas pakaiannya.

Ramai yang memuji sikap profesionalnya dan komitmen terhadap tugas, walaupun terpaksa berdepan dengan lipas yang menjadi 'musuh' kebanyakan orang di dunia ini.

Untuk pengetahuan, lipas merupakan haiwan nokturnal yang selalunya lebih suka kawasan yang hangat dan lembap.

Semakin panas suhunya, semakin aktif 'pergerakan' mereka.