Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

L'Oréal Pacu Norma Baharu Kecantikan Melalui Amalan 'Refill' Semula

L'Oréal

L'Oréal Pacu Norma Baharu Kecantikan Melalui Amalan 'Refill' Semula

Kebanyakan rakyat Malaysia mahu membuat pilihan kecantikan yang lebih bertanggungjawab, namun ramai masih belum bertindak bukan kerana kurang keinginan, tetapi kerana pilihan itu sebelum ini sukar ditemui. Pada peringkat global, 42% pengguna tidak sedar akan kewujudan pilihan produk kecantikan isi semula, manakala 43% pula tidak dapat menemui produk tersebut di rak jualan.

‘The Refill Movement’ oleh L'Oréal bertujuan merapatkan jurang ini dengan menjadikan pilihan yang lebih bertanggungjawab sebagai norma harian, bukan sekadar pilihan yang terhad sahaja. 

Bersempena ‘Hari Isi Semula Sedunia’ pada 16 Jun, ‘The Refill Movement’ menghimpunkan 7 jenama daripada 3 unit perniagaan di Malaysia yang merangkumi wangian mewah, penjagaan rambut profesional, penjagaan kulit dermatologi dan produk kecantikan harian. Inisiatif ini menjadikan pilihan yang bertanggungjawab lebih mudah diakses dan menarik untuk rakyat Malaysia merentasi pelbagai keperluan kecantikan, rutin penjagaan diri serta julat harga.

Bagi rakyat Malaysia, produk kecantikan isi semula bukan sahaja mesra alam, malah menjimatkan kos. Secara global, 87% pengguna memilihnya untuk berjimat dan dengan pilihan kini merentasi pelbagai julat harga, keputusan ini lebih mudah dibuat berbanding dahulu. Setiap produk dalam kempen ini menawarkan pengurangan bahan pembungkusan yang ketara dan boleh diukur sejak penggunaan pertama. Sebagai contoh, pek isi semula La Roche-Posay mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 73% berbanding botol biasa, manakala pek isi semula Lancôme La Vie Est Belle mengurangkan penggunaan kaca sebanyak 74%, logam sebanyak 100% dan plastik sebanyak 63%.

“Setiap pilihan untuk menggunakan produk isi semula bermula dengan satu keputusan. Di sebalik keputusan itu adalah produk yang direka tanpa kompromi, dengan pembungkusan berkonsep ‘kurang sumber, lebih hasil’. Inilah cara kami menerapkan tanggungjawab ke dalam sesuatu produk, dan bagi rakyat Malaysia, produk sedemikian kini berada dalam jangkauan,” kata Ketua Kelestarian L'Oréal Malaysia, Natasha Karim.

Komitmen ‘The Refill Movement’ bukan sekadar terhad kepada kempen ini. Sejak 2019, L'Oréal telah memperluas rangkaian produk isi semulanya di peringkat global sebanyak 3.7 kali ganda, dengan 44% bahan pembungkusan kini diperoleh daripada sumber kitar semula atau berasaskan bio, disokong oleh program inovasi bernilai €100 juta bagi membangunkan pembungkusan kecantikan generasi baharu. Usaha ini menjadikan pilihan yang lebih bertanggungjawab semakin mudah. Kini, pilihan ini tersedia dalam semua kategori produk dan julat harga, melalui jenama-jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia.

“’The Refill Movement’ mengajak rakyat Malaysia menyedari bahawa pilihan kecantikan terbaik juga merupakan pilihan paling bertanggungjawab selari dengan aspirasi negara untuk memelihara alam sekitar. Kepercayaan ini telah membentuk legasi kami selama 30 tahun di Malaysia dan akan terus membimbing setiap langkah kami ke arah masa depan yang lebih lestari,”kata Pengarah Urusan L'Oréal Malaysia, Tomas Hruska.

Daripada kaunter kecantikan premium hingga ke rak farmasi, konsep kecantikan berteraskan ekonomi kitaran kini bukan lagi terhad kepada segmen tertentu di Malaysia. Sebaliknya, ia kini tersedia merentasi pelbagai kategori produk dan julat harga sejajar dengan komitmen menyeluruh L'Oréal untuk mengurangkan penggunaan pembungkusan sebanyak 20% menjelang 2030. Sesungguhnya, kecantikan tidak seharusnya mengorbankan bumi.

**Produk isi semula yang ditampilkan dalam kempen ‘Join the Refill Movement’ kini boleh didapati di rakan runcit utama termasuk Sephora, Watsons dan Guardian, di Lazada, serta di semua platform dalam talian milik L'Oréal, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia beralih kepada pilihan yang lebih lestari.