Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lori Milo Sertai Perarakan Merdeka, Kenangan Lalu Menyatukan Rakyat Malaysia

Fazidi
lori milo
Gambar: The Stoly, RTM

Lori Milo Sertai Perarakan Merdeka, Kenangan Lalu Menyatukan Rakyat Malaysia

Hari ini, rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 2022 dan Kemerdekaan ke-65. Sebagai salah satu acara terbesar negara, sudah tentu hari yang penuh makna ini disambut dengan cukup meriah dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Maka, tak hairanlah orang ramai berkumpul seawal 4.30 pagi di Dataran Merdeka untuk menyaksikan sendiri pelbagai perarakan yang disediakan oleh penganjur sempena hari bersejarah ini.

Kebiasaannya, perarakan yang disajikan membawa tema kebudayaan selain pertunjukkan aset-aset kententeraan milik Angkatan Tentera Malaysia.

Namun untuk kali ini, ada satu jentera yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia berjaya mencuri tumpuan ramai. Jentera berkenaan tak lain tak bukan adalah lori Milo, yang sememangnya dikenali oleh setiap lapisan masyarakat, khususnta bagi mereka yang lahir dan membesar serta bersekolah pada era 90-an hingga tahun 2000 dan keatas.

Apa tidaknya, kehadiran lori ini sentiasa dinanti oleh setiap kanak-kanak, khususnya di sekolah rendah kerana itulah peluang untuk mereka menikmati secawan Milo yang dibancuh sempurna. Dapat juga dikatakan, lori Milo yang berwarna hijau ini sangat dekat dihati rakyat Malaysia dan menyatupadukan kita semua.

Maka, tak hairanlah apabila lensa kamera penyiar rasmi acara ini merakam perarakan lori Milo, ia pantas membawa kita semua ke mengimbau satu zaman yang sentiasa dirindui, iaitu kanak-kanak riang dengan secawan Milo.

Malah, perkara berkenaan juga menjadi bualan di media sosial dengan rata-rata netizen berkongsi kenangan masing-masing dengan jenama minuman pilihan ini.

BACA: 1/3 Pakistan Ditenggelami Banjir, “Macam Lautan, Tiada Lagi Daratan Kami Nak Pam Keluar Air”

Sumber: The Stoly, RTM