Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lotus’s Lancar RamRaya 2026 Dan Shop-for-Good Challenge

Syamimi
LOTUS'S

Lotus’s Lancar RamRaya 2026 Dan Shop-for-Good Challenge

Perbelanjaan musim perayaan membawa makna lebih mendalam apabila Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus's Malaysia) secara rasmi melancarkan kempen Ramadan Raya (RamRaya) 2026, "Senyuman Ekstra Bernilai" hari ini, melalui aktiviti interaktif Shop for Good Challenge yang mengubah majlis media menjadi tindakan kebajikan komuniti.

Diadakan dengan kerjasama Food Aid Foundation, majlis pelancaran menyatukan wakil media dan rakan kongsi jenama termasuk Nestlé, Mondelez International, F&N dan rakan minuman rasmi Coca-Cola untuk mengumpul barangan keperluan asas seperti beras, bihun, biskut, minyak masak, minuman panas, mi segera, sos dan makanan dalam tin.

Lebih 1,400 kilogram barangan telah dikumpulkan sepanjang acara dan akan diubah menjadi makanan berkhasiat untuk keluarga yang memerlukan sepanjang Ramadan di bawah inisiatif #KitakanJiran oleh Lotus's, menandakan permulaan kempen yang menggabungkan belanja berfaedah dengan impak sosial yang bermakna.

Kempen seluruh negara ini, dengan tema "Serikan Lagi Ramadan, Ceriakan Lagi Raya", berlangsung dari 26 Februari hingga 8 April 2026.

"Senyuman Ekstra Bernilai bukan sekadar harga menarik. Ia tentang membantu keluarga meraikan Ramadan dan Raya dengan bermaruah, menjadikan belanja harian lebih ringan dan bermakna, serta berkongsi keberkatan dengan mereka yang paling memerlukan," kata Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat, Lotus's Malaysia.

"Pada akhirnya, ia tentang dua jenis senyuman iaitu senyuman lega dan terima kasih daripada para pembeli yang merasakan mereka mendapat nilai yang adil, serta senyuman yang lahir daripada sadaqah, melalui memberi dan berkongsi dengan orang lain."

Kempen Berasaskan Nilai dan Bermaruah

Lebih daripada sekadar promosi perayaan, Senyuman Ekstra Bernilai mencerminkan komitmen Lotus's untuk membantu keluarga meraikan dengan bermaruah, menyeimbangkan perbelanjaan rumah tangga sambil mengekalkan kegembiraan dan tradisi Ramadan serta Raya.

Menyedari bahawa persiapan perayaan menambah tekanan kewangan dari keperluan sahur dan berbuka hingga pakaian Raya dan keperluan rumah Lotus's telah menyusun lebih 4,500 SKU promosi termasuk barangan RAHMAH, memastikan keluarga dapat mencari segala keperluan di satu tempat dengan harga mampu milik.

Lebih 2,500 barangan keperluan asas juga tersedia di bawah program Sumbangan Asas Rahmah kerajaan, membolehkan rumah tangga layak menggunakan bantuan untuk keperluan harian yang praktikal.

Sepanjang tempoh ini, pembeli boleh menikmati:

  • Diskaun sehingga 50% untuk barangan segar, keperluan pantri, peralatan memasak, perkakas elektrik, perabot rumah dan pakaian Raya

  • Diskaun sehingga 30% untuk makanan sejuk, beku dan minuman sejuk

  • Pakaian Raya RAHMAH bermula dari RM39

  • Koleksi pinggan mangkuk baharu 12 keping bermula dari RM69

Pelbagai Jenis Pilihan Kurma

Lotus's menawarkan 23 jenis kurma termasuk Dabbas, Khenaize, Rabbie, Safawi, Rotab, Fard, Medjool, Ajwa, Mariami, Deglet Nour dan Lulu, diperoleh dari UAE, Palestin, Iran, Arab Saudi dan Tunisia, dengan harga bermula RM5.99 hingga RM77.99.

Promosi Hasil Segar

Tawaran Buy 1 Free 1 untuk makanan laut terpilih, ayam (seekor), kambing dan daging lembu perap, rangkaian daging lembu Australia, buah-buahan (tembikai, pisang, nanas) dan sayur-sayuran.

Penjimatan Rumah Tangga & Gaya Hidup

Diskaun sehingga 50% untuk barangan rumah dan gaya hidup terpilih, serta Buy 1 Free 1 untuk produk pembersihan tertentu.

Lebih RM650,000 Hadiah Dinantikan

Selain penjimatan perayaan, ahli My Lotus's berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM650,000 dengan perbelanjaan minimum RM128, termasuk:

Hadiah Utama: Proton e.MAS 5, pakej percutian eksklusif ke Dubai untuk dua orang

• Eksklusif untuk pengguna MyDebit / DuitNow QR: Jongkong emas 999.9 seberat 10 gram

Membawa Perayaan ke Seluruh Negara

Untuk meluaskan kempen di luar majlis pelancaran, Lotus's akan menganjurkan Raya World Indoor Bazaar di 31 cawangan terpilih, menampilkan aktiviti dalam kedai, sesi sampel produk dan permainan interaktif.

Aktiviti-Aktiviti tambahan termasuk:

• Kehadiran DJ Era FM di cawangan terpilih dengan permainan interaktif (perbelanjaan minimum)

• My Lotus's Roadshows di 15 lokasi seluruh negara dengan permainan interaktif (perbelanjaan minimum RM128) dan barangan percuma perayaan (perbelanjaan minimum RM300)

• Kolaborasi Eksklusif KYO di tujuh cawangan terpilih, menawarkan peluang memenangi hadiah termasuk iPhone 17 Pro Max, jongkong emas dan hadiah tunai dengan perbelanjaan minimum RM188 semasa tempoh roadshow

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang sedang berlangsung di bawah kempen Senyuman Ekstra Bernilai Lotus's Malaysia, sila rujuk saluran rasmi:

• Laman Web: https://corp.lotuss.com.my/

• Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia

• Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia

• TikTok: https://www.tiktok.com/@lotussmalaysia