Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Miniclip, sebuah laman web yang menawarkan pelbagai koleksi pemainan baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup semua pelayan permainan atas taliannya, kecuali Agario dan 8 Pool Ball yang masih boleh diakses buat masa ini.
Laman web berkenaan begitu popular dalam kalangan remaja, khususnya bagi mereka yang membesar sekitar tahun 1990-an hingga pertengahan 2000-an. Ia menawarkan permainan yang boleh diakses secara percuma dan tidak memerlukan perkakasan komputer yang canggih untuk dimainkan.
Penutupan laman web berkenaan sekaligus menandakan satu lagi nostalgia Generasi Y bakal berkubur tidak lama lagi.
Dilancarkan pada 2001 dengan anggaran bajet £40,000 (RM217,348), Syarikat Miniclip SA berkembang pesat dan memiliki nilai £275 million (RM 1.49 bilion) pada 2008 ketika ia menjadi sebuah laman sesawang yang popular untuk kanak-kanak dan remaja waktu itu menghabiskan masa lapang.
Dalam tempoh tersebut, Miniclip menawarkan lebih daripada 400 permainan yang terdiri daripada pelbagai kategori, termasuklah genre first-person shooter, permainan strategi sehinggalah permainan memasak.
Laman web ini begitu popular disebabkan kepelbagaian permainan yang ditawarkan menepati citarasa kanak-kanak dan remaja, tanpa mengira jantina, selain boleh diakses di banyak negara.
Beberapa permainan seperti Raft War dan Commando adalah antara permainan yang paling kerap dimainkan selain siri Jumpers for Goalposts yang begitu digilai oleh kanak-kanak ketika itu.

Setelah mengalami kemerosotan jumlah pemain dalam beberapa tahun kebelakangan, Miniclip mengumumkan bahawa pihaknya akan beralih daripada pemainan web klasik dan memberi fokus kepada pembangunan permainan mudah alih selepas ini.

Keputusan yang diambil oleh Miniclip itu boleh difahami memandangkan kanak-kanak hari ini kebanyakkan sudah memiliki gajet dan cenderung untuk memuat turun terus permainan daripada gedung aplikasi berbanding melayari laman web permainan seperti generasi terdahulu.
Ura-ura mengenai penutupan pelayan tersebut sudah kedengaran sejak Mac lalu dimana Miniclip ketika itu mengumumkan perancangan mereka untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pembangunan permainan mudah alih.
Miniclip pada waktu itu juga mengumumkan beberapa bahawa permainan iOS dan Android yang dihasilkannya sudahpun dimuat turun sebanyak 4 bilion kali secara keseluruhan.
“Sejak pembukaan divisyen permainan mudah alih pada 2010, kami mendapati pengguna beralih ke telefon pintar untuk bermain permainan kegemaran masing-masing.
”Jadi, kami mengambil keputusan untuk beralih kepada permainan mudah alih sepenuhnya bagi memastikan para pemain sedia ada dan pemain baharu menikmati pengalaman permainan yang lebih menakjubkan,” kata Miniclip ketika itu.
Keputusan penutupan ini walaupun difahami, rata-rata mereka yang pernah membesar bersama permainan Miniclip melahirkan rasa sedih dan pada masa yang sama kecewa, memandangkan telah mencipta pelbagai memori bersama laman web tersebut.
Sumber: Give Me Sport