Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lukisan RM3.5 Juta Rosak, Pengawal Keselamatan Tambah Mata Pada Potret Tak Berwajah

Sofea
Gambar Via Daily Mail

Satu lukisan yang bernilai £740,000 (RM3.5 juta) yang dipamerkan di sebuah galeri di Rusia dilaporkan telah rosak selepas seorang pengawal keselamatan ‘mengubah suai’ potret pada lukisan itu kerana terlalu ‘bosan’ pada hari pertamanya bertugas.

Memetik laporan Daily Mail, pengawal keselamatan itu telah melukis mata dengan menggunakan pen pada lukisan tidak berwajah yang dinamakan sebagai ‘Three Figures’.

Difahamkan, ia merupakan hasil karya dari Anna Leporskaya (1932-1934) dan dipamerkan semasa pameran seni abstrak di Pusat Yeltsin di bandar Yekaterinburg, barat Rusia.

Gambar: Daily Mail

Pusat Yeltsin dalam satu kenyataan berkata bahawa pengawal keselamatan yang dipercayai berusia 60 tahun itu bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan swasta.

Kelainan pada lukisan itu disedari oleh dua orang pengunjung yang merasakan bahawa ada ‘butiran’ tambahan pada dua daripada tiga tokoh lukisan tersebut.

Sementara itu, pengawal keselamatan yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan telah dipecat.

Gambar: Daily Mail

Polis juga telah membuka kertas siasatan atas tuduhan vandalisme dan pengawal tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun.

Lukisan itu dihantar ke galeri Moscow pada keesokan harinya dan sedang dibaiki. Ia dilaporkan boleh dibaiki semula tanpa sebarang kerosakan jangka panjang dengan kos dianggarkan berjumlah £2,470 (RM11,805).

Kos itu telah dibayar oleh syarikat tempat pengawal keselamatan tersebut bekerja sebagai ganti rugi.

Sumber: Daily Mail

BACA: Kadang Malas Fikir, ‘Try’ 5 Cara Ni Kalau Nak Buat ‘Last Minute Suprise’ ‘Confirm’ Disayang