Siakap Keli

Kadang Malas Fikir, ‘Try’ 5 Cara Ni Kalau Nak Buat ‘Last Minute Surprise’ ‘Confirm’ Disayang

Semua orang yang hidup di muka bumi ni semestinya akan rasa sangat suka kalau ada yang bagi hadiah kat korang kan. Lagi-lagi kalau hadiah tu datang dari orang yang tersayang. Selain daripada asik dapat hadiah, kadang-kadang mesti ada terfikir jugak kan yang korang nak jugak balas pemberian orang lain. Lagi-lagi kalau dapat buat kejutan sendiri kat tersayang. Lagi la orang lain akan sayang sangat. Bagi sesetengah orang, diorang pandai kalau nak plan dan buat surprise party. Tapi, ada juga sesetengah orang yang memang jarang buat dan tak pandai cara nak plan.

Merancang kejutan untuk yang tersayang biasanya akan meninggalkan memori dan kenangan manis dalam hidup diorang serta lebih penting bakal membuatkan diri korang semakin dihargai serta disayangi. Kalau korang la contoh golongan manusia yang tak pandai nak plan, jangan risau sangat lah. Tak perlu pon nak fikir sampai pening-pening tentang macam mana cara nak buat surprise untuk yang tersayang ni. Sebenarnya, ada je cara yang mudah dan juga menjimatkan untuk korang merealisasikan hasrat korang. Untuk yang masih tak tahu, korang boleh cuba 5 cara ni.

1) Belanja Makan Di Restoran Kegemaran

Selain daripada barang-barang yang boleh diberikan sebagai hadiah, korang boleh juga surprise yang tersayang untuk pergi makan di salah satu restoran kegemaran yang mungkin dah lama diorang nak pergi tapi masih tak dapat nak pergi. Sebelum pergi, jangan beritahu nama tempat yang nak pergi tu. Bila dah sampai, baru la terangkan tentang tempat yang korang nak pergi. Baru la diorang akan rasa sangat surprise dan dihargai. Kalau nak lagi meriah, korang boleh juga minta tolong pihak restoran tu untuk buat kejutan macam bagi kek atau mainkan lagu kegemaran korang masa tengah makan-makan dengan tenang kat restoran tu. Haaa, menarik kan idea surprise ni.

2) Bawak Pergi Shopping Spree

Siapa je yang tak suka shopping dan beli macam-macam barang yang dah lama kita idamkan. Kalau korang ada rezeki lebih dan rasa macam nak belanja yang tersayang, boleh la bawak diorang pergi shopping spree. Memang seronok lah kalau ada orang belanja beli barang. Jangan lupa untuk set bajet belanja, nanti korang yang terkejut.

3) Pergi Vacation

Hujung-hujung bulan ni, sangat sesuai lah kalau korang nk buat surprise untuk yang tersayang dengan bawa diorang pergi vacation. Selepas dah lama stress dengan semua kerja, masa ni yang sesuai untuk korang pergi berehat dan luangkan masa bersama. Banyak pilihan kalau korang nak pergi vacation ni, macam pergi pantai ke, pergi taman-taman ke, pergi naik bukit ke dan sebagainya. Ikut lah mana tempat kegemaran yang minat nak pergi.

4) Enjoy Tengok Movie

Sekarang ni tengah banyak pilihan movie yang boleh korang tengok kat wayang. Semua best-best pulak tu. Kalau korang nak buat surprise yang chill je dan tak perlu nak pergi banyak tempat sangat, boleh la bawak yang tersayang untuk enjoy pilihan movie terbaru yang diorang nak ada kat wayang tu. Idea surprise ni pon boleh korang cuba juga.

5) Guna Servis Grab

Haaa, yang ni ialah surprise paling berguna korang boleh guna. Lagi-lagi waktu moden sekarang ni kan. Kalau korang berada jauh daripada yang tersayang, boleh guna servis Grab ni untuk order dan settlekan hal penghantaran untuk apa sahaja yang korang nak order. Sangat lah mudah kan. Semuanya di hujung jari dan tak perlu fikir lain dah. Yang paling bestnya, order korang tu pasti dan yakin akan sampai ke destinasi yang ditetapkan dan yang tersayang pon mesti akan gembira walaupun order yang dibuat tu sangat last minute. Kalau macam ni, walaupun terlupa atau tak perlu nak plan awal-awal sangat pon masih dapat gembirakan diorang. Bukan tu sahaja tau, ingatkan kalau order last minute ni, mesti la kena belanja lebih kan sebab nak cepat. Tapi tak pon, dengan servis Grab ni. Sebabnya korang akan dapat potongan yang lebih menjimatkan bila order last minute. Sangat berbaloi!

Kalau korang nak tau, bukan sekadar makanan je ya yang boleh order daripada servis Grab untuk surprisekan yang tersayang. Macam-macam boleh sebenarnya termasuk hadiah seperti perfume, jam tangan, bag dan lain-lain lagi. Antara kedai popular yang termasuk dalam promosi seperti Kyochon, Sasa, Agoda, Marks & Spencer dan lain-lain.

GrabFood

Last Minute Gifting‘ untuk GrabFood dengan memesan pelbagai jenis makanan dan juga minuman lazat kepada yang tersayang di mana pengguna boleh menikmati diskaun berbaloi sehingga 50% apabila mereka memesan dengan perbelanjaan minima sebanyak RM25 untuk sebarang majlis yang diperlukan. Diskaun telah dihadkan pada RM12.50 sahaja. Untuk kawasan Lembah Klang, boleh gunakan kod promosi : HOTDEALS dan untuk kawasan luar Lembah Klang, boleh gunakan kod promosi: HOTDEALSGF / HOTDEALS50, berbeza mengikut bandar.

GrabMart

Last Minute Gifting‘ untuk GrabMart di mana pengguna boleh menikmati diskaun berbaloi sehingga 50% untuk membeli hadiah kejutan saat akhir buat yang tersayang.

GrabPay

Last Minute Gifting‘ untuk GrabPay di mana pengguna boleh membeli-belah dengan senang hati dan mendapat diskaun melalui pembelian dalam talian dan juga pembelian dalam kedai untuk memberi yang tersayang hadiah saat akhir mereka. Jika membeli dalam talian, korang akan dapat diskaun sebanyak 30% dan diskaun telah dihadkan pada RM30 dengan menggunakan kod promosi: 30GRABPAYDEALS. Kalau korang beli dalam kedai pulak, korang akan dapat diskaun 30% dengan perbelanjaan minima berjumlah RM100 dan diskaun dihadkan pada RM30.

Nor Fakhry