Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lupa Nak Beli Bawang? Rakyat Malaysia Cipta Sticker WhatsApp Grocery

GROCERY
Kredit: Threads/ @halalfoodiemy

Lupa Nak Beli Bawang? Rakyat Malaysia Cipta Sticker WhatsApp Grocery

Pernah tak pasangan mesej, "Nak beli apa dekat pasar raya?" tetapi akhirnya balik dengan barang yang tak cukup atau tersalah beli?

Masalah yang sering berlaku ketika membeli barangan dapur itu kini mungkin boleh dikurangkan menerusi satu idea kreatif hasil sentuhan seorang rakyat Malaysia yang mencipta Sticker WhatsApp Grocery bagi memudahkan urusan membeli barangan runcit.

Inisiatif tersebut diperkenalkan oleh Fazlina menerusi saluran WhatsApp "Stickers by Fazlina", yang menawarkan ratusan pelekat bergambar pelbagai barangan dapur secara percuma.

Kredit: @halalfoodiemy

Menerusi koleksi itu, pengguna tidak lagi perlu menaip satu persatu senarai barang yang ingin dibeli.

Sebaliknya, mereka hanya perlu menghantar pelekat bergambar seperti bawang, ayam, ikan, sayur-sayuran, rempah, telur, sos, mi segera, makanan dalam tin dan pelbagai lagi kepada pasangan atau ahli keluarga sebelum mereka keluar membeli-belah.

Apa yang lebih menarik, setiap pelekat disertakan dengan nama barangan, sekali gus memudahkan penerima mengenal pasti produk yang diperlukan tanpa kekeliruan.

Malah, terdapat pelbagai kategori yang disediakan termasuk bahan mentah, makanan laut, sayur-sayuran, produk sejuk beku, rempah-ratus serta barangan keperluan dapur harian.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan idea itu sebagai sesuatu yang ringkas tetapi sangat praktikal, terutama bagi pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang sering membeli barangan dapur secara bergilir-gilir.

Ada yang berseloroh mengatakan penggunaan pelekat itu boleh mengelakkan situasi "terbeli barang lain" atau terlupa membeli bahan penting ketika berada di pasar raya.

Selain menjadikan komunikasi lebih mudah, penggunaan pelekat bergambar juga membantu warga emas atau individu yang lebih mudah mengenali gambar berbanding nama sesuatu produk.

Pek Sticker WhatsApp Grocery boleh dimuat turun secara percuma menerusi saluran WhatsApp "Stickers by Fazlina" https://whatsapp.com/channel/0029Vb825Sr0lwgsWeP4ts3g , sebelum ditambah ke dalam aplikasi WhatsApp untuk digunakan seperti pelekat biasa.

Dengan hanya beberapa klik, urusan menghantar senarai barang dapur kini menjadi lebih pantas, lebih jelas dan mungkin juga mampu mengelakkan salah faham ketika membeli-belah.

Intipati
  • Fazlina memperkenalkan Sticker WhatsApp Grocery menerusi saluran WhatsApp Stickers by Fazlina secara percuma.
  • Pelekat bergambar itu merangkumi barangan dapur seperti bawang, ayam, ikan, sayur dan rempah.
  • Setiap pelekat disertakan nama barangan bagi membantu penerima mengenal pasti keperluan belian dengan jelas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan