Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Maafkan Saya Kerana Menyusahkan,” Penyanyi Syafiq Farhain Sah Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Syafiq Farhain memaklumkan berita duka, apabila dia disahkan positif Covid-19 menerusi laman Instagramnya pada hari ini.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim mengetahui perkara ini sebaik menjalani ujian calitan yang dilakukan semalam kerana kurang sihat.

Katanya, bagi sesiapa merasakan bahawa mereka kontak rapat dengannya diminta untuk lakukan pemeriksaan. Dia memohon maaf kerana menyusahkan ramai.

Penyanyi yang memiliki suara merdu ini merupakan anak kepada penyanyi tanah air, Allahyarham Saleem Iklim yang bekerja tetap sebagai anggota Bomba di Putrajaya.

Sumber: Instagram Syafiq Farhain