Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Macam Mana Nak Cakap ‘Saya Buat Grab’ Secara Profesional Dalam Resume? Ini Caranya

tips resume grab food panda
Kredit: Bernama/Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Resume merupakan ‘wajah’ pertama kita ketika memohon sesuatu pekerjaan. Resume yang baik mampu menunjukkan tanggapan positif dan profesional majikan terhadap pemohon.

Oleh itu, kita perlu bijak menyusun ayat untuk mencipta resume yang baik bagi dipersembahkan kepada bakal majikan.

Jika anda pernah bekerja sambilan sebagai pemandu e-hailing ataupun penghantar makanan, anda boleh gunakan pengalaman ini untuk menunjukkan kesungguhan dan kerja keras anda dalam bekerja.

Anda juga boleh membuktikan kemahiran sosial yang anda miliki melalui pengalaman berharga ini.

Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian saudara Afiq di Twitter. Perkongsian beliau telah mendapat lebih 28 ribu tanda suka dan lebih 14 ribu ulang kicau. Malah, tips tersebut turut sampai ke pengetahuan pihak Grab yang menghadiahkannya saguhati.

Kredit: Afiq
Kredit: Afiq

Macam mana nak cakap, “Saya buat Grab” secara profesional?

Kongsi Afiq, dia memasukkan pencapaiannya semasa menjadi pemandu Grab ke dalam resume dengan menulis jumlah trip dan penilaian sepanjang tempoh pekerjaannya. Beliau juga berkongsi kemahiran yang terlibat dalam melaksanakan kerja tersebut.

Kredit: Afiq

Tambahnya, penghantar makanan juga boleh menggunakan kaedah yang serupa untuk mencipta resume.

Apa yang penting, huraikan secara ringkas dan padat jenis pekerjaan serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bekerja.

Sumber: The Afiq