Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Macam Mana Pegawai Zakat Tentukan Kelayakan Anda Terima Zakat? Fahami Kiraan ‘Had Kifayah’ Ini

Seperti yang kita tahu, zakat adalah rukun yang wajib dilakukan oleh umat Islam bagi mereka yang telah berkemampuan. Kepada mereka yang mungkin belum tahu, pembayaran zakat juga terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Umumnya, zakat fitrah dibayar ketika dalam bulan Ramadan manakala zakat harta adalah mereka yang mempunyai hasil kekayaan dengan kadar tertentu, sebagai contoh emas.

Tapi pernah kita terfikir siapa pula yang layak menerima zakat? bagaimana cara pegawai zakat pendapatan seseorang individu itu untuk melayakkannya menerima zakat? Dan apakah itu Had Kifayah?

Berkongsi artikel dari laman sesawang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dari sudut bahasa Had Kifayah disebut sebagai kadar keperluan (kecukupan) dan kadar minima bagi keperluan asas minimun berdasarkan kos sara hidup semasa.

Merujuk MAIWP, penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

1. Perlindungan – Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

2. Makanan – Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.

3. Pakaian – Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.

4. Perubatan – Segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain yang berkaitan.

5. Pendidikan – Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.

6. Pengangkutan – Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Bagaimana pegawai zakat menentukan kelayakan berdasarkan Had Kifayah?

Menjawab persoalan ini, kami sertakan perkongsian dari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor untuk penerangan yang lebih jelas. Ikuti perkongsian di bawah, semoga memberi manfaat untuk semua.

Had kifayah yang digunakan Lembaga Zakat Selangor

Berikut adalah kadar had kifayah yang digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Terdapat perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh pegawai LZS.

Kadar Pengiraan Had Kifayah

Bil

Kategori

Kadar Rumah Berbayar (RM)

Kadar Rumah Percuma (RM)

1

Ketua Keluarga

1078.00

695.00

2

Dewasa Bekerja (18 Tahun Ke Atas)

404.00

404.00

3

Dewasa Tidak Bekerja (18 Tahun Ke Atas

181.00

181.00

4

Tanggungan Belajar IPT

592.00

592.00

5

Tanggungan Berumur 7-17 Tahun

334.00

334.00

6

Tanggungan 6 Tahun Ke Bawah

145.00

145.00

Jumlah

RM2,734.00

RM2,351.00

Had Kifayah Tambahan (Jika ada)

  1. Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) – 224.00

  2. Tanggungan Pesakit Kronik – 222.00

  3. Kos Penjagaan Anak – 290.00

Pengkelasan Fakir atau Miskin

Pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah.

Contoh :-

Pak Ali dan isterinya tinggal di rumah yang disewa di kawasan Ampang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung lima orang anak. 2 orang belajar di sekolah menengah dan 2 orang lagi belum bersekolah manakala seorang lagi anak perempuan Pak Ali sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.”

Berikut adalah kedudukan had kifayah bagi keluarga tersebut:

Bil

Kategori

Kadar Had Kifayah

Bilangan Orang

Jumlah (RM)

1

Ketua Keluarga

1078.00

1

1078.00

2

Pasangan

181.00

1

181.00

3

Dewasa Tidak Bekerja ( 18 tahun ke atas)

181.00

1

181.00

4

Anak Berumur 7-17 Tahun

334.00

2

668.00

5

Anak Berumur 6 Tahun Ke Bawah

145.00

2

290.00

Tambahan

Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU)

224.00

Tiada

Tiada

Kos Penjagaan Anak

290.00

Tiada

Tiada

Kos Perubatan Sakit Kronik

222.00

Tiada

Tiada

Jumlah Had Kifayah

Pendapatan Keluarga

Jumlah Had Kifayah

2398.00

1200.00

-1198.00 (Miskin)

Sumber: Lembaga Zakat Selangor / MAIWP