Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MADANI Mart: Konsep, Reka Bentuk Kedai & Barangan Dijual
Perancangan penubuhan kedai runcit komuniti yang dikenali sebagai MADANI Mart mencuri perhatian ramai.
Perkara ini telah dibincangkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama pihak Yayasan MADANI pada Rabu.
Difahamkan, inisiatif bagi mewujudkan rangkaian kedai runcit berasaskan komuniti bertujuan menyediakan barangan keperluan berkualiti pada harga yang lebih adil dan berpatutan.
Sudah tentu, ramai yang tertanya bagamana konsep, reka bentuk dan barangan yang bakal di jual di kedai ini.
Sehubungan itu, SK kongsikan dengan lebih terperinci mengenai MADANI Mart.

MADANI Mart adalah merupakan syarikat rangkaian runcit yang memfokuskan kepada penyediaan barangan keperluan harian berkualiti pada harga berpatutan dan adil menerusi rangkaian mart berasaskan komuniti di seluruh Malaysia.
Kedai ini menyasarkan untuk menyokong rakyat di samping mewujudkan peluang perniagaan yang mampan bagi usahawan tempatan, terutamanya di kawasan separa bandar dan luar bandar.
Pengendali kedai berlesen (pemegang lesen) akan disokong oleh program latihan berstruktur, sokongan operasi, dan bekalan stok berpusat kepada semua pemegang lesen bagi menjamin standard yang konsisten, operasi yang cekap, serta kejayaan perniagaan jangka panjang.
Membekalkan produk berkualiti pada harga yang paling berpatutan.
Menjadi mart tumpuan rakyat yang paling dipercayai di Malaysia, tersedia di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi memastikan kemampuan dan kebolehcapaian untuk semua
Menyediakan platform bagi mikro-perniagaan tempatan untuk memasarkan produk mereka.
Menubuhkan outlet yang memudahkan di seluruh kampung dan bandar
Menyediakan peluang keusahawanan melalui pelesenan.
Menyokong program kos sara hidup negara contoh: Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (STR,) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kualiti Berpatutan - Menawarkan harga rendah di samping menjamin standard produk yang boleh dipercayai.
Kemudahan untuk Semua - Membawa kedai lebih dekat ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dan mendekati lebih ramai orang.

Format Kedai: 2,200 – 2,400 kaki persegi untuk rangkaian produk yang luas (2 lot kedai).
Format Ruang Dalaman: Susun atur dan kod warna standard.
Campuran Produk: Barangan keperluan harian, minuman, snek, barangan sejuk beku.
Strategi Penetapan Harga: Pembelian secara pukal & kerjasama pengedar.
MADANI Mart dibina berasaskan tiga prinsip utama:
Harga berpatutan untuk barangan keperluan.
Kehadiran runcit yang berfokuskan komuniti.
Peluang keusahawanan untuk pengendali berlesen.
Model ini menggabungkan sokongan operasi berpusat dengan pemilikan kedai bebas, membolehkan standard yang konsisten sambil memperkasakan usahawan untuk membina perniagaan yang mampan.
Rangkaian kedai MADANI Mart memfokuskan kepada barangan keperluan harian yang biasa dibeli oleh isi rumah. Kategori produk biasanya termasuk;
Beras
Minyak masak
Gula dan tepung
Mee segera
Roti dan telur
Minuman botol
Snek dan minuman ringan
Makanan sejuk beku
Barangan penjagaan diri
Produk isi rumah

Produk-produk ini dipilih berdasarkan keperluan harian yang mendapat permintaan tinggi bagi menjamin kemudahan pelanggan di samping menyokong jualan yang stabil bagi pengendali kedai.
Hak cipta untuk MADANI Mart didaftarkan dengan MyIPO di bawah Yayasan Madani.
Yayasan Madani akan bertindak sebagai pemberi lesen (licensor) jenama MADANI Mart, memberikan hak lesen kepada pengendali kedai yang diluluskan (pemegang lesen) untuk menggunakan jenama tersebut.
Syarat Pemilikan Kedai: Pemilik kedai mestilah beroperasi di bawah entiti syarikat berdaftar (Sdn. Bhd.).

Kehadiran di setiap DUN.
Rakan strategik bersama KPDN dan agensi kerajaan yang lain.
Strategi penetapan harga produk yang berpatutan.
Pengembangan pantas yang disokong oleh hab pengedaran.
Matlamat: Minimum 1 outlet di setiap DUN.
Sasaran Keseluruhan: Minimum 640 outlet dalam tempoh 2 tahun.
Hab Pengedaran: Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, Sabah & Sarawak.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan boleh layari di sini