Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MAHA Destinasi Strategik Delegasi TESDA Filipina Sebagai Penanda Aras TVET Dalam Agro Teknologi

maha destinasi delegasi tesda filipina

MAHA Destinasi Strategik Delegasi TESDA Filipina Sebagai Penanda Aras TVET Dalam Agro Teknologi

Pameran MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) menjadi pilihan destinasi bagi delegasi TESDA (Technical Education and Skills Development Authority), Filipina, sebagai penanda aras dalam bidang agro teknologi. Lawatan ini selari dengan kurikulum TVET yang dilaksanakan di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (POLYCC), yang memfokuskan kepada pembangunan TVET berkaitan teknologi hijau dan sektor pertanian.

MAHA, yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), menampilkan pelbagai inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian, hortikultur, dan agropelancongan.

Pameran ini turut dihadiri oleh peserta dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Rusia, China, dan Australia, menjadikannya platform yang signifikan bagi TVET dalam bidang pertanian di peringkat global.

Penyertaan delegasi TESDA ke MAHA ini dilihat sangat signifikan kerana ia memberi peluang untuk melihat secara langsung perkembangan teknologi pertanian yang boleh diaplikasikan dalam sistem TVET di Filipina.

Langkah proaktif kerajaan Malaysia Madani yang memfokuskan kepada pembangunan TVET sebagai agenda ekonomi negara telah meletakkan MAHA sebagai pilihan tepat bagi delegasi TESDA.

maha destinasi delegasi tesda filipina

Sebagai sebuah institusi pusat pentauliahan TVET di Filipina, TESDA memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan strategik dengan Politeknik Port Dickson, yang telah diiktiraf sebagai salah satu institusi TVET terbaik di rantau Asia-Pasifik melalui pengiktirafan APACC Platinum.

Menurut Ts. Dr. Engku Shahrulerizal Bin Engku AB Rahman, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson, kerjasama ini akan membuka ruang yang lebih besar untuk kolaborasi dalam bidang pertanian dan agro teknologi, yang sejajar dengan misi Politeknik Port Dickson untuk terus menjadi penanda aras institusi TVET di peringkat serantau dan global.

MAHA menjadi simbolik kepada komitmen negara dalam memajukan sektor pertanian melalui pendekatan TVET yang inovatif, berteknologi tinggi, dan mapan.

maha destinasi delegasi tesda filipina

“Kehadiran TESDA, Filipina ke Malaysia ini adalah atas dasar lawatan strategik serta menjadikan Politeknik Port Dickson sebagai penanda aras kualiti institusi TVET di rantau asia-pasifik. Kerangka program lawatan dan kerjasama ini melibatkan aspek seperti kecekapan pengurusan, integriti, jaminan kualiti, kurikulum, latihan TVET berkualiti, penyelidikan, inovasi, pembangunan sahsiah, serta kelestarian alam yang berkaitan teknologi hijau.

Kita juga akan berkongsi kejayaan CArT (Centre of Architecture and Technology) Politeknik Port Dickson, yang merupakan projek rintis kerjasama bersama industri dalam membangunkan kepakaran serta kemahiran tinggi graduan.”

Program selama tiga hari ini turut melibatkan kolaborasi strategik dengan beberapa rakan industri Politeknik Port Dickson, termasuk dalam industri kecerdasan buatan (AI).

maha destinasi delegasi tesda filipina

Dengan ini, Politeknik Port Dickson terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras institusi TVET di rantau Asia-Pasifik, menyumbang kepada pembangunan TVET dan ekonomi global, selari dengan aspirasi Malaysia Madani.