Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Selasa memutuskan bahawa lafaz talak yang melibatkan pempengaruh Ahmad Aslam dan Marissa Dania adalah sah, sekali gus mengesahkan bahawa status perkahwinan pasangan itu telah berakhir.
Dengan keputusan tersebut, kedua-dua pihak kini tidak lagi bergelar suami isteri selepas mahkamah membuat pengesahan terhadap kes berkenaan.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser, mahkamah memutuskan lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah dan menyebabkan perkahwinan pasangan berkenaan terbubar.
"Hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhlah talak.
"Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu,” katanya ketika ditemui media
Keputusan itu dibuat selepas oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan sebelum ini.
Kelibat Aslam dan Marissa mencuri perhatian apabila kedua-duanya hadir berasingan ke mahkamah bagi prosiding berkenaan hari ini.
Pada 10 Mac lalu, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan.
Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.