Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

Mais Mudahkan Masyarakat Urus Wasiat & Hibah – Lantik Perancang Pewarisan Islam

Nurul Naqiyah

Mais Mudahkan Masyarakat Urus Wasiat & Hibah – Lantik Perancang Pewarisan Islam

SHAH ALAM – MAIS telah mengambil langkah untuk memperluas peranan mereka dalam membantu masyarakat dalam pengurusan harta, terutama Wasiat dan Hibah, dengan melantik Perancang Pewarisan Islam (PPI).

PPI ini dilantik bertujuan untuk memudahkan MAIS dalam proses pendaftaran perkhidmatan Wasiat dan Hibah yang disediakan. Sehingga April 2024, MAIS telah bekerjasama dengan 70 orang PPI yang berdaftar dan mempromosikan secara aktif perkhidmatan Wasiat dan Hibah kepada masyarakat.

MAIS menyarankan orang ramai unutk mendaftar sebagai PPI melalui https://siswa.mais.gov.my/register/agent bagi membantu MAIS memperkenalkan lagi perkhidmatan ini serta mengambil peluang meluaskan pengetahuan mengenai pengurusan harta serta menmbah pendapatan melaluinya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 03-5514 3772 atau WhatsApp 010251 9556.

mais urus wasiat & hibah

Bagi menghargai tanggungjawab dan pencapaian PPI bagi tahun 2023, MAIS menyampaikan anugerah kepada lima orang PPI yang dipilih berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan Wasiat dan Hibah. Penghargaan berupa sijil dan hadiah iringan disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik MAIS Tahun 2024 di sini hari ini.

mais urus wasiat & hibah

Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik anjuran MAIS merupakan acara yang disambut dengan penuh kegembiraan. Lebih kurang 400 tetamu dari pelbagai organisasi dan agensi, termasuk Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS, jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkanun negeri, hadir untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan ukhuwah bersama MAIS.

mais urus wasiat & hibah

50 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut diraikan di majlis tersebut, dan masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM2,500 bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak ini.

Kenyataan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.