Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majikan Beri Iphone 17 Kepada Semua Pekerja, Termasuk “Intern”

Athirah
Majikan Beri Iphone 17
Kredit: AFP

Majikan Beri Iphone 17 Kepada Semua Pekerja, Termasuk “Intern”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat media China mengumumkan bahawa setiap pekerjanya akan menerima sebuah iPhone 17 Pro Max secara percuma, lapor portal Must Share News.

Berita gembira itu diumumkan menerusi mesej, dan beliau mengesahkan bahawa telefon bimbit tersebut akan diberikan kepada semua kakitangan, termasuk pelajar yang sedang menjalani latihan industri.

Memandangkan hadiah korporat di China dikenakan cukai, beliau meyakinkan pekerja bahawa syarikat juga akan menanggung kos tersebut.

Must Share News melaporkan setiap kakitangan boleh memilih model iPhone 17 yang lain sekiranya mereka mahu.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Ketua Pegawai Eksekutif itu mengejutkan kakitangannya dengan produk Apple. Pada tahun 2024, kira-kira 100 pekerja masing-masing menerima iPhone 16 Pro, bersama Apple Watch Series 10.

BACA: Lebih 13,500 Banduan Larikan Diri, Tentera Nepal Ambil Alih Kawalan Kathmandu
BACA: Macam Irama Kompang, Gelagat ‘Pak Long’ Jual Pisang Goreng Buat Ramai Ketawa
BACA: Pelajar Hafizah Raih 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Sumber: Must Share News