Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majikan Wajib Beri Pelepasan Mengundi, Ingkar Boleh Didenda RM5,000 Atau Penjara

PELEPASAN
Kredit: Bernama

Majikan Wajib Beri Pelepasan Mengundi, Ingkar Boleh Didenda RM5,000 Atau Penjara

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua majikan supaya memberi tempoh masa yang munasabah kepada pekerja yang layak mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, peringatan itu dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan terdapat majikan yang tidak membenarkan pekerja keluar mengundi.

Menurut beliau, tindakan menghalang atau gagal memberikan pelepasan munasabah kepada pekerja untuk mengundi merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

“Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung, enggan memberikan tempoh yang munasabah atau menghalang pekerja daripada mengundi adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan, boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh satu tahun,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Khairul Shahril berkata, majikan juga dilarang membuat sebarang potongan gaji, memotong saraan lain atau mengenakan apa-apa bentuk penalti terhadap pekerja yang keluar mengundi pada hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau berharap semua majikan, khususnya yang mempunyai pekerja berdaftar sebagai pengundi di Johor, dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses demokrasi berjalan lancar.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dijadualkan berlangsung esok.