Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pusat Pembelajaran Imersif Di Perpustakaan Negara Malaysia

Syamimi
Ruang realiti maya

Pusat Pembelajaran Imersif Di Perpustakaan Negara Malaysia

YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini telah menyantuni sesi Majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Permainan alam maya

Projek di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas Rolling Plan 5 (RMKe-12 RP5) serta merupakan sebahagian daripada Inisiatif Belanjawan 2025 di bawah Pendigitalan Khazanah Warisan Negara telah bermula pada 15 Mac 2025 dan disiapkan sepenuhnya pada 28 November 2025.

Slide

Pusat ini merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkenalkan dan memanfaatkan teknologi terkini seperti Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR), Metasemesta (metaverse), Hologram, Avatar Pustakawan, skrin LED Melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth.

Ruang realiti maya

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperkaya pengalaman dan pembelajaran digital kepada pengguna serta memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju perpustakaan yang moden dan progresif di Malaysia.

Projek Pembangunan Pusat Pembelajaran Imersif ini juga bertujuan memperluas akses kepada sumber maklumat digital serta menggalakkan penggunaan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh perpaduan masyarakat melalui pelaksanaan program literasi digital yang lebih komprehensif.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus menekankan usaha dalam memperluaskan penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaannya.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan modal insan, malah turut mengukuhkan perpaduan nasional melalui penyediaan peluang pembelajaran yang inklusif dan bersepadu, berasaskan teknologi, kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan.