Mempunyai anak-anak kecil merupakan satu kebahagiaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Namun, menjaga dan membesarkan mereka bukan satu tugas yang mudah kerana ibu bapa perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan terutamanya risiko penyakit yang bakal menimpa anak-anak.
Salah satu penyakit yang sering dialami oleh anak-anak ialah ruam kemerahan yang sangat gatal dan memenuhi bahagian tubuh badan. Ruam ini berlaku kerana alahan yang kebiasaannya disebabkan oleh pemakanan.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah orang yang mengatakan bahawa ia sebenarnya ‘penyakit jilatan jin’ kerana keadaan ruam yang naik secara bertompok-tompok.
Menyangkal dakwaan itu, Dr Ahmad Luqman Bukhari ada menjelaskan mengenai bagaimana penyakit itu boleh berlaku dan tidak berkait dengan sebarang jin.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Pernah seorang mak ni beritahu, dia mengalami perasaan berdebar yang sangat teruk. Sampaikan rasa sesak nafas dan nak pitam masa dia perasan kulit tubuh anaknya yang berusia baru 8 bulan dipenuhi tompok tompok merah.

Tompok tu tiba-tiba je timbul berselerakan kat bahagian muka, dada, perut dan bahagian belakang badan si comel.
Pantas. Dalam tempoh beberapa minit je dah hampir memenuhi seluruh anggota badan. Tak berhenti budak tu tergaru-garu kegatalan.

Sebenarnya dia baru je selesai suapkan budak tu telur dan itulah first time dia suapkan makanan tersebut pada si kecil tu.
“Gelabah betul rasa waktu tu. Takut sangat jadi apa-apa kat dia. Kami bergegas berlari ke luar rumah, cepat-cepat naik kereta dan menuju terus ke hospital.”
Mujurlah masa kat hospital tu doktor terus berikan suntikan ubat. Tak lama kemudian ruam dan gatal tu semua mula beransur hilang.
Sebenarnya tanda merah dan ruam tu adalah tanda alahan atau kita sebut alergik. Ada jugak yang panggil gegata atau kelopak garam.
Tapi yang paling lejen siap gelarkan benda ni penyakit jilatan jin. Aduh!
Alahan ni disebabkan tubuh si kecil tu bereaksi dengan sesuatu bahan alah (allergen) lalu stimulate penghasilan histamine. Histamine tu lah punca yang buatkan gejala alahan ni timbul.
Urticaria (ruam kemerahan yang leper) yang timbul pada kulit tu antara gejala yang paling biasa berlaku. Gatal dia tu dah macam badan naik miang atau merenyam.
Biasanya urticaria ni akan hilang sendiri dalam masa 24 jam.
Namun jika ada antara tanda-tanda begini, wajib segera dapatkan pemeriksaan sebab tu mungkin berpunca dari alergik yang serius (anaphylaxis):
Anak mula jadi semput
Dia susah nak bernafas dan menelan seperti ada sesuatu tersumbat dekat salur pernafasan
Pernafasan berbunyi (wheezing)
Bahagian tubuh seperti bibir, lidah atau kedua belah mata jadi bengkak
Muntah dan cirit birit
Pengsan. Mungkin disebabkan tekanan darah sangat rendah (hypotension)
Kalau berlaku pada baby, dia mungkin akan merengek atau menangis sampaikan tak boleh nak dipujuk atau pun nampak mengantuk sangat sangat
Kes alergik teruk begini biasanya akan segera dikejarkan ke zon merah di bahagian kecemasan kerana ia memerlukan rawatan segera.
Sesekali bila berlaku situasi macam ni, cubalah cek balik apakah penyebab alahan tu berlaku pada anak kita supaya kita dapat elakkan masalah sama terjadi lagi lain kali.
Tolong share ilmu penting ni dengan kawan-kawan yang lain jugak ye.
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari