Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak semua membesar atau melalui zaman kanak-kanak dengan kenangan yang indah. Ada yang terpaksa mengharungi kejadian perit dalam hidup. Walau pun sukar, semua itu terpaksa ditelan kerana ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis yang tular di media sosial mengenai kejadian pahit yang menimpa dirinya sekitar 15 tahun lalu. Bayangkan di usia tujuh tahun, kanak-kanak lain sibuk bermain dengan rakan sebaya. Namun dia, terpaksa hidup dalam episod hitam apabila menyaksikan ibu kandungnya dibunuh ketika cuba menyelamatkan adiknya daripada diculik.
Walaupun begitu, ibunya sempat menitipkan pesan terakhir. Sebak, namun penuh dengan pengajaran untuk kita menghargai ibu bapa selagi hayat mereka dikandung badan. Ikuti perkongsian seperti di bawah.
Saya harap cerita saya boleh buatkan semua orang menghargai ibu dan ayah masing-masing ya ❤️ Saya tumpang bahagia untuk semuanya . Dan jangan risau dah 15tahun berlalu, dah sembuh 100% dari trauma sebab tu boleh share ❤️ Selamat Berehat !
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
Sumber : Loveianna