Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mak Intan Yang Pelihara Ratusan Kucing Jalanan Telah Meninggal Dunia

Pengurus Pak Mie Shelter, Halijah Idris atau lebih mesra dengan panggilan Mak Intan meninggal dunia hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Perkara ini disampaikan oleh anaknya menerusi laman Facebook Pak Mie Shelter.

“Al Fatihah

Dukacita dimaklumkan, Mak Intan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar jam 11.15 pagi ini.

Akan dikebumikan di Masjid Al-Bukhari Alor Setar. Marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah pada Almarhumah semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan ya.”

Untuk pengetahuan umum, Pak Mie Shelter ini telah menempatkan ratusan haiwan terbiar seperti anjing dan kucing di rumahnya di Alor Setar.

Sumber: Pak Mie Shelter