Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Dah nama bulan puasa, pasti setiap orang menyediakan lauk-pauk yang sangat enak dan mungkin tidak pernah dimasak sebelum ini. Ditambah pula jika ia dimakan bersama semua ahli keluarga, mesti tak cukup sepinggan!
Namun, dalam banyak-banyak lauk yang ada, ia pastinya juga tidak akan lengkap tanpa dimakan dengan sambal yang enak.
Kebiasaannya, sambal belacan akan menjadi pilihan ramai. Maklumlah, ia sambal yang sangat senang untuk dibuat.
Tetapi bagi anda yang inginkan kelainan, sesekali cubalah buat sambal bawang pula. Percayalah, ia sangat sempurna dimakan dengan nasi yang panas.
Tak tahu nak buat macam mana? Jangan risau sebab kali ini SK akan kongsikan resepi untuk membuat sambal bawang dari chef Indonesia, Devina Hermawan.
Menerusi Twitter miliknya, dia menunjukkan langkah yang sangat mudah untuk membuat sambal itu. Jom ikuti perkongsian di bawah ini.
Resepi sambal bawang
Bahan:
6 ulas bawang putih (jangan dikupas)
150-200 ml minyak
150 gram bawang merah, dihancurkan
150 gram lada merah
8 gram belacan (optional)
50 ml air
1 sudu garam
1 sudu gula (optional)
3/4 sudu penambah perasa
Sedapnya! Bolehlah nanti masak dan makan untuk berbuka dan bersahur. Selamat mencuba.
Sumber: Devina Hermawan
Senang ada food processor ni untuk kisar bahan kering