Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Makanan halal di Jepun mungkin menjadi antara isu utama bagi mereka (khususnya masyarakat Muslim) yang merancang untuk melancong ke negara ‘matahari terbit’ itu.
Secara umumnya, Jepun merupakan sebuah negara maju yang menjadi tumpuan pelancong. Ia bukan sahaja kerana teknologi mereka yang moden, malah budaya, sejarah dan alam semulajadinya turut menjadi tumpuan.
Tidak dinafikan, walaupun maju dengan pelbagai teknologi canggih dan sebagainya, Jepun juga kaya dengan alam semula jadi yang masih terpelihara dan tarikan utamanya sudah tentulah bunga Sakura.
Namun seperti yang kita sedia maklum, penganut agama Islam bukanlah majoriti di sana. Ini sudah tentu menjadi cabaran kepada pelancong Muslim untuk mencari makanan halal.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di Jepun, Zunita Ramli, dia kongsikan bahawa sebenarnya Jepun telah pun bersikap terbuka dengan makanan-makanan halal.
Dia turut kongsikan senarai kedai atau restoran yang menyediakan makanan halal dan ada juga dari makanan tradisi Jepun itu sendiri. Selepas ini pelancong Muslim sudah tidak sukar mencari makanan halal ketika melancong di Jepun.
Ikuti perkongsian senarai makanan dan restoran halal yang Zunita kongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat dan dapat membantu kepada anda yang merancang untuk melancong di Jepun nanti.
Jadi kali ni saya nak share pula makanan halal/mesra Muslim di Tohoku.
Tohoku ni dekat mana?
Tohoku ni negeri-negeri utara Jepun macam Miyagi, Fukushima, Aomori gitulah. Tohoku sangat cantik tau sebenarnya! Saya pun tak faham kenapa Tohoku ni tak berapa popular di kalangan pelancong Malaysia.

Ini hidangan dengan hostel di Echigo Yuzawa. Kebab dia sedap & halal dari sini jalan kaki lima minit dah sampai Yuzawa Kogen.


Ni hotel yang sediakan buffet yang sangat laaaa banyak makanan. Semua ada, mewah! Banyak juga makanan yang muslim friendly.

Ini memang sedap sangat. Ikan, tofu, dessert even sayur-sayur dia pun sedap! Saya tak makan sayur pun boleh rasa sayur dia manis. Recommended!

Ni kali pertama saya makan daging merah (selain wagyu) yang masak medium rare macam ni… surprisingly memang sangat sedap! Lembut je daging dia & tak berbau. Certified halal.

Sedap sangat, serius. Rugi sangat kalau tak cuba. Kedai ni berdekatan dengan station keretapi Sendai.

Ni pun dekat SOUQ Yuzawa, sama tempat dengan buat soba. Ni adalah sasa dango, kuih tradisional Jepun.

Sasa dango ni diikat dengan jerami (bahan yang sama buat tatami). Lepas kukus, jadi macam kanan tu. Erm. Lapar la pulak.

Ini sebenarnya soba yang saya buat sendiri. Memang mereka akan ajar macam mana nak buat soba from scratch & lepas tu mereka akan masak dan hidang macam ni. Sedap!

Yang ni antara my favorite cafe kalau di Sendai. Sedapppp sangat speghetti dia. My favorite is pepperonicino.

Kat sini scenery memang sangat cantik la, dari tempat makan tu boleh nampak keseluruhan Sendau. Hotel 4 bintang.

Ni bukan kedai jual organ, jangan salah sangka pulak. Kedai jual dessert & vegan semua ingredients. So it’s halal inshaAllah. Best sangat dessert semuanya punnn.

Ni kedai Bangladesh halal. Semua menu kat sini halal. Ada kari, naan, dan banyak lagi.
BACA JUGA: Kenali Kamagasaki, Kisah Sebuah Bandar Di Jepun Yang Tak Wujud Dalam Peta Dunia
Sumber: Zunita Ramli