Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tarikh Pengumuman Senarai Restoran Pilihan Michelin Guide Kuala Lumpur & Penang 2027 Telah Ditetapkan

Michelin Guide Kuala Lumpur
  • Senarai restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 akan diumumkan pada 4 November 2026.

  • Pengiktirafan MICHELIN Stars, Bib Gourmand dan Anugerah Khas bakal diumumkan menerusi siaran media rasmi dan di seluruh platform digital rasmi MICHELIN Guide.

Pengumuman senarai restoran pilihan MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 bakal dibuat menerusi siaran media rasmi pada pagi Rabu, 4 November 2026.

MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 Terus Jadi Rujukan Pencinta Makanan

Senarai penuh yang merangkumi restoran penerima MICHELIN Star, Bib Gourmand dan Restoran Terpilih (Selected) turut bakal disediakan secara digital di laman web guide.michelin.com dan aplikasi MICHELIN Guide. Empat Anugerah Khas (Special Awards) juga bakal diumumkan: Opening of the Year Award, Service Award, Sommelier Award dan Young Chef Award.

Memandangkan liputan MICHELIN Guide kini merangkumi lebih 60 destinasi di seluruh dunia, pengumuman senarai restoran pilihan tahunan boleh diperkenalkan menerusi format yang berbeza mengikut destinasi, sama ada melalui majlis fizikal MICHELIN Guide Restaurant Ceremony atau secara digital menerusi siaran media dan di seluruh platform digital rasmi MICHELIN Guide. Setiap format tetap menjadi platform rasmi bagi memperkenal dan meraikan barisan restoran pilihan baharu.

Restoran yang terpilih dalam senarai MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 bakal menerima plak rasmi MICHELIN Guide mengikut pengiktirafan masing-masing daripada Rakan Kongsi Rasmi kami, FunNow. Restoran terpilih bakal menerima jemputan ke majlis penyampaian plak secara berasingan. Kehadiran hanya terhad kepada tetamu jemputan sahaja.

Para pemeriksa MICHELIN Guide yang berkhidmat secara berahsia kini dalam proses memuktamadkan senarai pilihan 2027, setelah genap setahun meneroka kepelbagaian landskap kulinari di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Daripada sajian hebat yang selayaknya meraih pengiktirafan MICHELIN Stars hinggalah premis yang disenaraikan penerima Bib Gourmand atas tawaran hidangan berbaloi, senarai kali ini bakal sekali lagi meraikan kepelbagaian, bakat serta cita rasa unik yang terus menyerlahkan daya tarikan kedua-dua destinasi gastronomi ini. Senarai penuh MICHELIN Guide Kuala Lumpur | Pulau Pinang 2027 pasti memberi pencinta makanan dari dalam dan luar negara lebih banyak sebab untuk menerokai keunikan kulinari terbaik di kedua-dua bandar tersebut.

Untuk mendapatkan berita dan kemaskini terbaharu sepanjang tahun, sila layari laman web MICHELIN Guide atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android.


Intipati
  • Senarai MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2027 akan diumumkan pada 4 November 2026.
  • Pengumuman bakal merangkumi MICHELIN Star, Bib Gourmand, Restoran Terpilih dan empat Anugerah Khas.
  • Restoran terpilih bakal menerima plak rasmi, dengan majlis penyampaian berasingan untuk tetamu jemputan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan