Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Apa yang dipaparkan di media sosial tidak semestinya menggambarkan keseluruhan kisah seseorang.
Di sebalik kandungan menghiburkan yang dikongsikan, kadangkala tersimpan cerita peribadi yang tidak diketahui ramai.
Bercakap mengenainya, pasti ramai mengenali Budak 46 menerusi personalitinya yang ceria dan mencuit hati. Namun, di sebalik senyuman itu, tersimpan kisah yang cukup menyentuh perasaan.
Budak 46 atau nama sebenarnya Ammar Zulkha, 30, rupa-rupanya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit yang menjejaskan penglihatannya.
Perkara itu didedahkan oleh adiknya, @hhusnahelmy, menerusi satu video di TikTok pada Khamis.
Dalam video itu, Ammar dilihat memegang bahu adiknya untuk berjalan kerana penglihatannya sudah tidak berapa jelas.

Ketika ditemu bual SK, Husna berkata Ammar sebenarnya menghidap penyakit mata itu sejak dari lahir.
Menurutnya, penglihatan abangnya ketika kecil masih jelas, namun ia mula terjejas teruk sekitar tahun 2020.
"Sakit ni macam ada satu titik dekat mata yang dari kecil lama-lama jadi besar sampailah buta," katanya.
Husna turut berkata Ammar tetap kuat semangat walaupun diuji dengan penyakit itu.
"Dia okay je, dia boleh je nampak sikit-sikit lagi sekarang. Bila hari siang je susah sikit dia nak bergerak sendiri. Setakat ini, dia okay dan kuat semangat," ujarnya.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa terkejut melihat keadaan Ammar kerana selama ini dia tidak pernah bercerita mengenai sakitnya itu.
Bahkan, ada yang tidak percaya lelaki di dalam video Husna itu merupakan Budak 46 yang dikenali mereka selama ini.
Justeru, Husna sendiri mengesahkan bahawa itu Budak 46 dan memohon kepada orang ramai agar mendoakan kesihatan abangnya itu.

Susulan itu netizen turut bersedih dan mendoakan yang terbaik buat Ammar.
"Selama ni dia cuma nak hiburkan diri sendiri and orang je. Kalau dia nak simpati dah lama dia bagitahu sakit dia supaya orang ramai kesian. Aku tak boleh la benda-benda gini," kata seorang netizen.
"Tolong bagitau dekat abang 46, maafkan kami seluruh rakyat Malaysia andai ada salah dan silap selama abang 46 dalam industri TikTok ni, andai kami ada gelakkan dekat beliau.. semoga abang 46 dipermudahkan urusan dan diperluaskan pintu rezeki, semoga Allah mengurniakan keajaiban kepada beliau," kata seorang lagi.
Siapa sangka di sebalik video yang menghiburkan, tersimpan kisah yang sedih di sebaliknya. Semoga Ammar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.