Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd dalam satu ciapannya di laman twitter telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat kecuali di AirAsia dan AirAsia X.
“Sebagai langkah pertama untuk mengundurkan diri dan menggerakkan generasi kepimpinan @AirAsia seterusnya ke hadapan, saya akan meletakkan semua jawatan sebagai Lembaga Pengarah kecuali di @AirAsia dan Airasia X,”
Perkara ini diputuskan sendiri oleh beliau untuk memberi peluang kepada generasi baru.
Seperti yang diketahui, selain dari AirAsia dan AirAsia X, beliau juga adalah salah seorang ahli lembaga pengarah kepada syarikat lain seperti Tune Air Sdn Bhd, Tune Group, Tune Hotels Sdn Bhd, Crescent Point Group, Caterham Cars Ltd, Loftus Road PLC serta beberapa lagi syarikat sendirian berhad, senaraian awam mahupun agnesi kerajaan.
Namun dalam ciapannya yang terbaru semalam, Tony seolah-olah meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya selama ini.
“Hampir 19 tahun. 2 pesawat ke 270 pesawat. Begitu ramai orang yang cuba menentang kami, tapi 600 juta orang telah mendapat manfaat daripada ‘pertempuran’ ini, tidak menerima monopoli. Malangnya ramai orang yang tidak sukakan saya, tapi benar, mereka hanya lakukan apa yang mereka fikirkan betul.”
Dengan pengikut melebihi 1 juta di laman twitter, tentunya ciapan tersebut pantas dihujani dengan pelbagai reaksi dan komen yang rata-rata memberikan dorongan dan semangat kepada beliau.


Malah ada seorang yang mendakwa dirinya sebagai salah satu individu yang telah gagal di penilaian peringkat terakhir ketika menghadiri program latihan juruterbang.
Dia mengatakan bahawa Tony pernah memberitahunya supaya teruskan berusaha untuk mencapai cita-cita.

Sumber: Tony Fernandes