Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Lancar Pesawat A330neo Pertama, Ini Kehebatannya

Azizah Najib

Malaysia Airlines Lancar Pesawat A330neo Pertama, Ini Kehebatannya

Semalam, syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) secara rasmi melancarkan pesawat A330neo pertama di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di Sepang.

Pelancaran yang turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke ini tidak hanya mendapat perhatian pihak media, tetapi turut menjadi bualan warga maya.

Kredit: Malaysia Airlines

Untuk pengetahuan, pesawat itu telah melakukan penerbangan sulung ke Melbourne pada jam 10.30 malam tadi.

Namun, mengapa pesawat ini menjadi pilihan MAB sehingga syarikat berkenaan sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan 20 unit pesawat ini? Apa yang menarik tentang pesawat ini berbanding pesawat jenis yang lain?

A330neo lebih selesa dan mesra alam

Pesawat ini mempunyai 297 tempat duduk dengan 28 tempat di Kelas Perniagaan dan 269 tempat duduk Kelas Ekonomi.

Menerusi muat naik di laman sesawang rasmi syarikat tersebut, pesawat ini juga tidak hanya mempunyai ruang kabin yang lebih privasi di bahagian Kelas Perniagaan, malah kabin penumpang turut dilengkapi dengan hiburan skrin 4K dan capaian Wi-Fi tanpa had kepada semua penumpang sepanjang penerbangan yang panjang. Pilihan hiburan mod kanak-kanak turut tersedia bagi mereka yang terbang bersama keluarga.

Selain itu, Malaysia Airlines juga menyediakan ruang layan diri di kabin Kelas Perniagaan yang dilengkapi dengan pelbagai pilihan snek dan minuman premium. Penumpang boleh mengambil sendiri makanan tersebut mengikut keselesaan mereka.

Pesawat A330neo ini turut mengetengahkan ruang yang lebih selesa dan moden dengan kerusi yang lebih ergonomik di bahagian Kelas Ekonomi. Ia juga mempunyai reka bentuk dalaman yang lebih cerah dengan sistem pencahayaan LED yang boleh disesuaikan.

Kredit: Malaysia Airlines

BACA: Pesawat Pertama Daripada 20 Unit Airbus A330Neo Diserah Kepada Malaysia Airlines

Selain itu, pesawat ini juga membawa identiti Malaysia menerusi hiasan motif songket pada kerusi, siling kabin, panel hiasan dan bahan salutan.

Dilengkapi enjin canggih

Untuk pengetahuan anda, pesawat A330neo dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent 700 yang lebih cekap berbanding pesawat A330 versi lain. Dengan penggunaan enjin yang mempunyai kecekapan penggunaan bahan bakar yang lebih baik ini, pesawat A330neo mampu mengurangkan penggunaan bahan bakar kira-kira 25 peratus.

Kredit: Malaysia Airlines

Ciri ini membantu menjimatkan kos operasi selain sangat berkesan dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara. Ini bermakna, pesawat baru ini lebih mesra alam berbanding pesawat lain.

Apa yang lebih istimewa, pesawat ini mampu terbang sehingga 13,334 kilometer berbanding pesawat model terdahulu. Maknanya, penumpang dapat menjimatkan masa dan kos kerana tidak perlu transit di mana-mana pertengahan perjalanan.

Jadi, selayaknya pesawat ini menjadi pilihan syarikat penerbangan utama negara dalam meningkatkan perkhidmatan mereka.

BACA: “Dah macam ketam mengiringnya..” Tular Video Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Ribut Raih Perhatian

BACA: Konsortium Diterajui Syarikat Malaysia Cadang Ambil Alih MAHB Pada RM18.4 Bilion

Sumber: Airways Magazine, Malaysia Airlines, Airbus Aircraft