Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Di Tangga Kedua Catat Kes Covid-19 Tertinggi Di Pasifik Barat Selepas Filipina Hari Ini

Gambar sekadar hiasan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan senarai negara di Pasifik Barat yang mencatatkan kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam, setakat Jumaat (5 Mac).

Iklan

Di dalam senarai tersebut, Malaysia mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 2,063 kes selepas Filipina dengan 2,444 kes diikuti Jepun di tangga ketiga dengan 1,180 kes dan Republik Korea di tangga keempat dengan 398 kes.

Berdasarkan jadual, empat negara ini sahaja yang merekodkan kes tiga angka dan ke atas manakala negara dan wilayah lain kebanyakannya tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19 pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dengan 307,943 ribu kes selepas Jepun dan Filipina.

Manakala, bagi kes kematian, Malaysia berada di tangga kelima dengan 1,153 kematian dengan Filipina kekal di tangga pertama dengan 12,404 kes kematian secara keseluruhan.

Sumber: Twitter World Health Organization Western Pacific