Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Malaysia Indonesia Majlis Halal ASEAN
Gambar: Zahid Hamidi/FB

Malaysia-Indonesia Setuju Terajui Penubuhan Majlis Halal ASEAN – Ahmad Zahid

Hannah

Malaysia-Indonesia Setuju Terajui Penubuhan Majlis Halal ASEAN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bersama-sama menerajui penubuhan Majlis Halal ASEAN tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata majlis itu akan menjadi platform strategik untuk penyelarasan dasar, standard serta piawaian halal negara-negara ASEAN secara sistematik dan inklusif.

“Melalui penubuhan Majlis Halal ASEAN, kita akan memastikan ASEAN bukan sahaja menjadi hab halal global yang berdaya saing, inklusif dan mampan tetapi juga menjadi model dalam memimpin industri halal dunia dengan integriti dan piawaian yang tinggi.

“Inisiatif ini juga akan memastikan ASEAN menjadi peneraju dalam ekosistem halal global dengan piawaian yang diiktiraf dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran itu susulan pertemuan strategik Ahmad Zahid dengan Ketua Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal Indonesia Haikal Hassan Baras sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kerjasama itu akan menjadi testimoni kejayaan Diplomasi Halal yang diperkenal oleh Malaysia untuk memperkukuh jenama halal negara di peringkat global.

Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk membuka laluan kemasukan produk halal dan memperluas pengiktirafan bersama sijil halal, satu langkah yang akan mewujudkan aliran perdagangan halal lebih lancar serta mesra industri selain menyokong peningkatan perdagangan intra-ASEAN.

Ahmad Zahid berkata langkah itu dijangka memberi impak positif terhadap permintaan pasaran halal di ASEAN yang mewakili lebih 700 juta penduduk.

Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal itu berkata Malaysia akan terus mempergiat usaha kerjasama dalam aspek pensijilan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan tenaga kerja halal.

Beliau berkata Malaysia turut menyokong penuh program pertukaran kepakaran, latihan bersama dan penyelidikan kolaboratif dalam memperkukuh rantaian nilai halal ASEAN.

“Dengan nilai pasaran halal global yang dijangka mencecah USD5 trilion menjelang 2030, ASEAN mesti tampil sebagai peneraju ekosistem halal serantau yang saling melengkapi dan berdaya saing,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata ia adalah kesinambungan daripada lawatan rasmi beliau ke Indonesia baru-baru ini yang menjadi titik tolak kepada kerjasama baharu lebih mendalam antara Malaysia dan Indonesia dalam menerajui pembangunan industri halal serantau.

Beliau berkata kedua-dua negara menzahirkan komitmen kukuh untuk melonjakkan kerjasama halal Malaysia-Indonesia ke tahap lebih tinggi dengan tumpuan memperkukuh kedudukan produk halal kedua-dua negara di pasaran serantau dan global.

BACA: Sidang Kemuncak ASEAN Bincang Isu Tarif AS Di Peringkat Bilateral – Amir Hamzah

Sumber: BERNAMA