Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
ASEAN bincang isu tarif AS
Gambar: BERNAMA

Sidang Kemuncak ASEAN Bincang Isu Tarif AS Di Peringkat Bilateral – Amir Hamzah

Hannah

Sidang Kemuncak ASEAN Bincang Isu Tarif AS Di Peringkat Bilateral – Amir Hamzah

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sidang kemuncak itu memberi peluang untuk semua negara anggota ASEAN, negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China berbincang mengenai isu serantau, mengeratkan hubungan selain meningkatkan perdagangan.

“Ada banyak isu sekarang tetapi keutamaan dalam ASEAN adalah untuk menyelesaikan isu-isu di Myanmar…kita ada penyelesaian yang mana Malaysia berperanan penting untuk membawa balik Myanmar ke jalan yang kita semua mahukan.

“Bagi saya, kerjasama antara ASEAN dengan GCC dan China pula menyaksikan kita ada peluang untuk membina satu blok yang boleh berdagang secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” dan kali kelima Malaysia mempengerusikan blok serantau ini selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitannya dijangka membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa dengan krisis di Myanmar kekal menjadi kebimbangan utama negara-negara anggota blok itu.

Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak itu juga akan menampilkan dua platform antara rantau yang penting iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama kali diadakan, sekali gus memaparkan peningkatan kerjasama antara Asia Tenggara dan rakan strategiknya di rantau Teluk dan China.

BACA: Remaja 13 Tahun Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini – Menteri Sarawak

Sumber: BERNAMA