Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Remaja 13 Tahun Rabies
Sumber: BERNAMA

Remaja 13 Tahun Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini – Menteri Sarawak

Hannah

Remaja 13 Tahun Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini – Menteri Sarawak

KUCHING, 26 Mei (Bernama) — Sarawak mencatatkan kes jangkitan rabies yang pertama dalam kalangan manusia bagi tahun 2025 melibatkan gigitan kucing liar pada bulan ini, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata kes berkenaan melibatkan remaja berusia 13 tahun di Kampung Segedup, dekat sini, yang menunjukkan gejala seperti demam, hilang selera makan, muntah, halusinasi, meracau, sukar berjalan dan sukar minum air pada 21 Mei lepas.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), mengesahkan kanak-kanak itu mempunyai simptom rabies antaranya demam, hilang selera makan, halusinasi dan takut untuk minum air.

“Kebiasaannya apabila sudah sampai ke tahap ini, memang susah untuk pulih… kita telah mengambil langkah jaga-jaga dengan menangkap anjing-anjing liar di sekitar kawasan kejadian dan kucing liar itu telah pun disahkan mati,” katanya dalam sidang media mengenai Persidangan Rabies di Borneo 2025, di Bangunan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Rundi berkata pihak berkuasa tempatan juga sedang meningkatkan usaha untuk mengawal kucing dan anjing liar di kawasan sekitar secepat mungkin.

BACA: Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka mengenai ancaman jangkitan rabies dan segera mendapatkan rawatan hospital, sekiranya diserang haiwan seperti anjing dan kucing sebelum virus itu menyerang otak serta saraf.

“Tahun ini kita ada ambil 21 sampel kucing, dengan dua daripadanya disahkan positif rabies… Kebanyakan kes jangkitan yang digigit haiwan rabies dan mereka pergi segera ke hospital untuk rawatan suntikan mereka boleh pulih.

“Namun, kalau mangsa lambat ke hospital dan virus sudah sampai otak itu memang tidak dapat dipulihkan dan ia amat menyakitkan… itu yang kita nak elakkan,” katanya.

Rundi berkata sebanyak 63,301 kes gigitan anjing, 57,210 kes gigitan atau cakaran kucing dan 1,832 kes gigitan haiwan lain, telah dilaporkan sejak 2017 sehingga minggu epidemiologi ke-20 tahun 2025 (11 hingga 17 Mei 2025).

Dalam pada itu, menteri berkenaan berkata Persidangan Rabies di Borneo 2025 yang memasuki edisi keempat tahun ini, diharapkan mencari penyelesaian untuk memastikan negara-negara di Kepulauan Borneo bebas daripada jangkitan rabies.

BACA: Semangat Kepusatan, Persaudaraan Bantu ASEAN Hadapi Cabaran Secara Bersama – PM Anwar

“Kita mahu lebih banyak pihak terlibat untuk memahami bahaya haiwan seperti anjing yang membawa virus rabies… jadi bagi persidangan kali ini kita menjemput Sabah, Kalimantan, Indonesia dan Brunei untuk berkongsi bagaimana untuk menangani isu ini.

“Kita juga menjemput negara yang berjaya memerangi rabies untuk berkongsi pengalaman mereka, seterusnya memastikan pihak kita melaksanakan polisi yang lebih berkesan,” katanya.

Persidangan berkenaan berlangsung dari 30 Sept hingga 1 Okt ini Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

BACA: Pelan Kerja Belia ASEAN Bertindak Sebagai Kerangka Kerja Strategik Tangani Isu-Isu Substantif – PM Anwar

Sumber: BERNAMA