Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Malaysia Vietnam Singapura Perjanjian
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

Hannah

Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.

Kerjasama strategik itu membuktikan komitmen kalangan peneraju industri semakin berkembang untuk memajukan integrasi tenaga serantau dan mempercepat usaha penyahkarbonan melalui penyelesaian yang berdaya maju secara komersial.

Menerusi perjanjian itu, Malaysia yang diwakili oleh MY Energy Consortium — sebuah konsortium tidak diperbadankan yang ditubuhkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) — akan bekerjasama dengan konsortium yang terdiri daripada PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) iaitu entiti Vietnam National Industry-Energy Group (Petrovietnam), dan Sembcorp Utilities Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries yang berpangkalan di Singapura.

Kedua-dua konsortium itu akan menumpukan kepada usaha memanfaatkan kekayaan sumber tenaga boleh Vietnam — terutamanya tenaga angin luar pesisir — sebagai sumber untuk penjanaan elektron hijau dan membekalkan tenaga elektrik bersih merentas sempadan, menurut kenyataan bersama empat pihak itu di sini, hari ini.

Pakatan itu mencerminkan momentum yang semakin meningkat ke arah Grid Tenaga ASEAN bersepadu di peringkat rantau.

Berdasarkan perjanjian itu, pihak-pihak terlibat akan menilai kebolehlaksanaan mengeksport tenaga boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura melalui kabel bawah laut baharu, yang akan dibawa masuk dan melalui Grid Nasional Semenanjung Malaysia, dengan potensi tambahan penjanaan dan penyimpanan tenaga boleh baharu yang terjamin, menurut kenyataan bersama itu.

“Sehubungan itu, pihak-pihak juga akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara yang berkaitan sepanjang proses pembangunan itu, untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan pada setiap fasa projek, sekali gus membuka laluan kepada integrasi dan jaringan tenaga yang signifikan ini,” tambahnya.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memupuk usaha kerjasama yang memajukan kemampanan, daya tahan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata penyertaan Malaysia dalam inisiatif ini mencerminkan komitmen kukuh mereka terhadap visi Grid Tenaga ASEAN, yang bertujuan memperkukuh keterjaminan tenaga serantau melalui pewujudan hab transit tenaga.

“Kerjasama tiga pihak ini merupakan langkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur hijau rentas negara, memanfaatkan potensi tenaga boleh baharu Vietnam, serta membekalkan elektrik yang stabil dan rendah karbon kepada komuniti dan perniagaan.

“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan bersama kita ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih,” kata mereka.

Sebagai anggota ASEAN, Vietnam sedang memajukan visi strategiknya untuk menjadi hab tenaga boleh baharu serantau yang dipacu oleh komitmen teguh terhadap pembangunan tenaga bersih, pengurangan pelepasan karbon, serta memenuhi permintaan tenaga di Asia Tenggara yang semakin meningkat.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah menekankan bahawa tenaga angin luar pesisir sebagai keutamaan negara, dan sedang melaksanakan direktif yang berani dan bersasar untuk mempercepat pertumbuhan tenaga boleh baharu.

Usaha itu membuktikan keazaman politik yang mendalam serta komitmen strategik kerajaan dalam membina landskap tenaga mampan.

Melalui penyertaan dalam kerjasama tiga pihak ini, Vietnam mahu memangkin peluang ekonomi baharu, merangsang pertumbuhan mampan, dan menjana pekerjaan berkualiti tinggi di samping memperkukuh aspirasi bersama ASEAN ke arah masa depan tenaga yang berdaya tahan dan rendah karbon.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PTSC, Tran Ho Bac berkata perjanjian itu membuktikan peranan PTSC khususnya, dan PVN secara keseluruhan, dalam memajukan strategi peralihan tenaga negara.

“Kami menjangkakan pelaksanaan yang berkesan ini akan menjadi satu pencapaian penting — sebagai titik permulaan bagi pelaburan tenaga boleh baharu di Vietnam,” katanya.

Sasaran Singapura adalah untuk mengimport kira-kira 6GW tenaga elektrik rendah karbon menjelang 2035, yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada permintaan tenaga negara pada masa itu.

Penyambungan grid tenaga serantau itu juga akan menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu di rantau ini serta mengorak laluan untuk merealisasikan visi Grid Tenaga ASEAN.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sembcorp Wong Kim Yin berkata: “Kami komited untuk menyokong peralihan rendah karbon ASEAN melalui infrastruktur bersama dan perkongsian yang diperkukuh.”

Usaha berdasarkan perjanjian itu membuka laluan kepada satu model kerjasama tenaga boleh baharu rentas sempadan boleh skala di Asia Tenggara, yang sekali gus akan menjadikan rantau ini sebagai peneraju global dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga secara kolaboratif.

Majlis pertukaran perjanjian rasmi antara MY Energy Consortium, PTSC dan Sembcorp telah diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada 26 Mei, 2025.

Acara itu menandakan satu langkah penting dalam menguruskan kerjasama tiga pihak tersebut, serta mengukuhkan komitmen bersama untuk memajukan perdagangan tenaga boleh baharu rentas sempadan.

Pencapaian bersejarah itu juga mencerminkan momentum yang semakin meningkat dalam merealisasikan Grid Tenaga ASEAN, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau ke arah masa depan tenaga yang lebih berdaya tahan, mampan dan saling terhubung.

BACA: Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Dilaksana Pada Separuh Kedua 2025 – Amir Hamzah

Sumber: BERNAMA