Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery) telah memulakan eksport ke Brunei, pasaran ASEAN yang keduanya, menandakan satu mercu jaya penting.
Ia merupakan strategi untuk meluaskan kehadiran serantau dan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan eksport bagi rantau ini.
Semasa merasmikan majlis penghantaran angkatan pertama kenderan untuk dieksport, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo menerangkan bahawa:
“Pasaran eksport ialah tunggak penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang kami di rantau ASEAN.
Kami sangat teruja untuk meneruskan momentum pertumbuhan untuk meluaskan capaian jenama kami ke lebih banyak pasaran.”

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng, berkata, “Berikutan permulaan eksport ke Vietnam pada Februari 2025, kedudukan dan potensi pasaran Brunei menjadikannya langkah seterusnya yang wajar dan penting."
"Penghantaran pertama kenderaan JAECOO J7 membolehkan kami menilai tahap penerimaan pasaran dan meletakkan batu asas yang kukuh di Brunei.”
Selepas bertapak kukuh di pasaran Malaysia, Chery Corporate Malaysia kini akan melaksanakan strategi tersusun untuk meluaskan jejak serantau.
Berikutan kejayaan mengeksport ke Vietnam, Indonesia, Thailand dan Brunei, syarikat kini menyusun langkah untuk mengembangkan sayap ke pasaran lain di sekitar rantau ASEAN.
Penghantaran pertama ke Brunei terdiri daripada 124 unit, yang merangkumi 120 JAECOO J7 PHEV dan 4 JAECOO J7 ICE (versi Pacuan Dua Roda).
Semua unit bagi pasaran eksport dikeluarkan di kilang Shah Alam dan berkongsi spesifikasi sama dengan model-model yang ditawarkan di Malaysia.
Strategi eksport jangka pertengahan syarikat mengutamakan pertumbuhan lestari, dengan tumpuan awal untuk membina asas yang kukuh di pasaran penting seperti Vietnam dan Brunei.

Dengan menilai prestasi, maklum balas pelanggan dan trend pasaran dengan teliti, Chery Corporate Malaysia ingin memastikan penembusan pasaran yang berjaya.
Pendekatan tersusun berasaskan hasil pembelajaran ini akan menjadi panduan bagi rancangan pengembangan syarikat yang selanjutnya ke pasaran ASEAN lain pada masa depan.
Untuk maklumat mengenai Chery Auto Malaysia, layari www.chery.my atau ikuti laman Facebook rasmi Chery Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OMODA & JAECOO, kunjungi www.omodajaecoo.com.my/ atau ikuti platform media sosial rasmi OMODA & JAECOO Malaysia.