Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Semangat Kepusatan Persaudaraan Bantu ASEAN
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Semangat Kepusatan, Persaudaraan Bantu ASEAN Hadapi Cabaran Secara Bersama – PM Anwar

Hannah

Semangat Kepusatan, Persaudaraan Bantu ASEAN Hadapi Cabaran Secara Bersama – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi ASEAN 2025, menegaskan bahawa perubahan geopolitik semasa serta tekanan terhadap sistem perdagangan global, khususnya pelaksanaan tarif unilateral oleh Amerika Syarikat (AS), jelas mencerminkan kebangkitan ketara dasar perlindungan atau protectionism.

Beliau berkata, situasi ini telah menyebabkan pendekatan multilateralisme atau kerjasama pelbagai hala berada di ambang perpecahan.

Namun begitu, beliau menekankan bahawa semangat kepusatan dan persaudaraan dalam kalangan negara anggota ASEAN telah membolehkan rantau ini bersatu menghadapi pelbagai cabaran global.

“Perlu dinyatakan, respons awal kita dalam menangani tarif AS, dengan penubuhan Pasukan Petugas Geo-ekonomi ASEAN, merupakan langkah yang perlu, bukan sahaja untuk koordinasi, tetapi untuk menunjukkan keyakinan dan resolusi,” kata Anwar.

Beliau menyampaikan perkara tersebut dalam ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

BACA: Firma Malaysia, Vietnam & Singapura Meterai Perjanjian Penting Eksport Tenaga Boleh Baharu

Mengenai krisis di Myanmar, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, telah mengambil langkah positif dengan menubuhkan Kumpulan Penasihat Informal yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Beliau berkata kumpulan tersebut telah mengadakan pertemuan di Brunei yang turut disertai oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Ia merupakan satu pertemuan yang signifikan, kerana sejak peremuan ketiga di Bangkok, kita berjaya mencapai kemajuan dalam usaha mencari penyelesaian terhadap krisis Myanmar. Pertemuan seterusnya akan dihoskan oleh bekas Perdana Menteri Kemboja, Sam Dech Hun Sen.

“Saya ingin menegaskan melalui proses ini, perbincangan secara senyap ada kesannya. Langkah ini mungkin kecil, jambatan mungkin rapuh, tetapi seperti mana mereka tegaskan, dalam soal keamanan, jambatan yang rapuh itu lebih baik daripada jurang yang membesar,” tegasnya lagi.

BACA: FGV Gantung Dagangan, ICT Zone Pindah Dari Pasaran ACE Pada 3 Jun – Bursa

Perdana Menteri turut menekankan bahawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN selama ini bergantung kepada orde antarabangsa yang berasaskan perundangan, berteraskan pergerakan bebas untuk perdagangan, kapita, dan rakyat.

Namun, katanya lagi, asas ini kini sedang dirobek di bawah tindakan arbitrari.

“Tetapi sekali lagi, saya percaya bahawa daya ketahanan dan pengekalan kuasa ASEAN mampu merintangi segala ribut gelora yang timbul akibat cabaran dan ketidaktentuan yang mendatang.

“Hanya dengan kepusatan dan keyakinan kita untuk membentuk masa depan kita sendiri, yang akan membolehkan kita sentiasa berada di hadapan,” tegas Anwar.

BACA: Dakwaan Hari Raya Aidiladha 6 Jun, Pejabat Mufti Wilayah Beri Penjelasan

Sumber: Astro Awani