Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Bateri Litium Meletup
Kredit: rose_k01 via X

Remaja Alami Detik Ngeri, Bateri Litium Meletup Ketika Digigit

Athirah

Remaja Alami Detik Ngeri, Bateri Litium Meletup Ketika Digigit

Seorang remaja lelaki dilapor cedera selepas bateri litium meletup ketika dia menggigitnya di sebuah kedai telefon bimbit, lapor portal Must Share News.

Kejadian mengejutkan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular di media sosial selepas dikongsi oleh seorang pengguna X pada 6 Februari lalu.

Menerusi video yang dikongsikan, remaja itu dilihat berdiri di hadapan kaunter sambil memegang bateri litium, kemudian membawanya ke mulut dan mula menggigitnya.

Secara tiba-tiba, bateri itu meletup menyebabkan dia mencampakkannya ke arah kaunter dan membuat pekerja kedai melarikan diri dalam panik.

Must Share News melaporkan salah seorang pekerja kemudian segera mengambil bateri yang sedang terbakar itu dan membuangnya ke luar.

Bagaimanapun, tidak jelas bila dan di mana kejadian berlaku, manakala remaja terbabit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut media tempatan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tekanan gigi remaja berkenaan yang menembusi lapisan luar bateri.

Keadaan itu mencetuskan tindak balas kimia dikenali sebagai ‘thermal runaway’, yang menyebabkan bateri terbakar.

Pakar turut menjelaskan bahawa bateri yang rosak atau membengkak sangat tidak stabil dan boleh meletup sekiranya lapisan dalamannya ditembusi atau dimampatkan.

Sumber:MS News