Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
John Beasley Malaysia
Gambar: BERNAMA

Malaysia Kini Rumah Saya – John Beasley

Iqbal Yasir

Malaysia Kini Rumah Saya – John Beasley

PARIS, 11 Ogos (Bernama) — Selepas 18 tahun berkhidmat dengan pasukan berbasikal trek kebangsaan, John Beasley kini boleh menggelarkan Malaysia sebagai rumahnya.

Jurulatih berusia 62 tahun itu berkongsi baharu sahaja mendapat pengesahan sebagai penduduk tetap kira-kira tiga minggu lepas.

“Saya dapat panggilan telefon, antara hari yang paling gembira, memaklumkan saya mendapat taraf penduduk tetap. Saya rasa diterima dan dihargai, dan saya memang rasa saya ‘orang putih’ Malaysia…saya cakap pada semua saya berasal dari Genting Highland,” katanya bergurau.

“Tetapi saya bangga, saya sayangkan Malaysia. Isteri saya (Vicky Beasley) gembira di sini (Malaysia). Saya sedang cuba belajar Bahasa Malaysia. Saya boleh ikut perbualan anak buah (atlet di bawah kendaliannya) tetapi sukar untuk saya tangkap semuanya, tapi saya komited untuk perbaiki,” katanya.

Warga Australia itu mengambil peranan sebagai jurulatih berbasikal trek negara pada 1 Jan, 2006 dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Datuk Azizulhasni Awang dari zaman remaja sehinggalah menjadi pelumba keirin bertaraf dunia termasuk memenangi emas Kejohanan Dunia 2017 dan dua pingat Olimpik iaitu gangsa pada Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan tugasan Beasley yang terakhir sebagai jurulatih dan selepas ini beliau akan menggalas jawatan pengarah teknikal pasukan kebangsaan.

Beasley menyifatkan hubungannya dengan Mohd Azizulhasni sebagai bapa angkat (godfather) kepada atlet berusia 36 tahun itu setelah 17 tahun melatih pelumba itu.

Selepas kempen Olimpik kelima Mohd Azizulhasni berakhir dengan kekecewaan susulan tersingkir dalam acara keirin semalam, Beasley percaya sudah tiba masanya untuk ‘Pocket Rocketman’ berhijrah ke fasa baharu hidupnya.

“Beliau telah mencurahkan bakti selama 17 tahun kepada negara, ia merupakan kerjaya yang panjang dan gemilang dan saya berpendapat sekarang masanya untuk beliau berpindah ke fasa baharu hidupnya…mahu lihat beliau menerajui sukan berprestasi tinggi di Malaysia dalam beberapa tahun ini.

“Mungkin beliau terus bertanding dalam keirin untuk dua tahun akan datang, mungkin di Jepun,” katanya.

Mohd Azizulhasni tersingkir pada saringan pertama keirin kerana memintas pacer sebelum pacer memecut keluar trek, semalam.

Sumber: BERNAMA