Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Pengaman UNIFIL Di Selatan Lubnan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang telah mengorbankan nyawa serta mencederakan anggota pengaman.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar di Facebook, insiden terbaru pada 3 April di El Addaiseh mencederakan tiga anggota pengaman Indonesia.
"Serangan-serangan ini merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan pihak yang terlibat mesti dibawa ke muka pengadilan," ujar kenyataan itu.
Malaysia turut menyeru semua pihak yang terlibat supaya memastikan keselamatan anggota pengaman PBB sentiasa terjamin, serta menekankan bahawa misi pengaman tidak boleh diganggu-gugat.
Selain itu, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB agar mengambil tindakan tegas, termasuk memastikan perlindungan segera kepada pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan.